,
Kaw

Lana Nordin Teruja Sambut Ramadan Dan Syawal Di Tanah Air.

Chempaka Nur Iman
16/06/2017
04:00 MYT
Tiada yang lebih bermakna buat pelakon, Lana Nodin apabila berpeluang menyambut Ramadan dan Syawal yang bakal tiba bersama keluarga tercinta di tanah air. Ini kerana tahun lalu dia menemani suami tercinta, Mohd Daud McKienzie atau David terbang ke Los Angeles, Amerika Syarikat (AS). Suaminya ketika itu terbabit dalam pemilihan ke Sukan Olimpik Rio 2016 sekaligus membolehkan mereka hanya sempat dua hari berpuasa di tanah air.
“Kalau ikutkan jadual asal, kami sepatutnya kembali ke AS April lalu disebabkan David perlu menjalani siri jelajah membabitkan pasukan bola keranjangnya.
“Namun pemergian itu ditunda disebabkan saya mahu menjalani ibadah puasa di sini, seterusnya meraikan Aidilfitri dengan keluarga.
“Sudah tentu saya mahu anak kami, Gia merasai pengalaman berpuasa dan menyambut lebaran bersama seluruh insan yang kami sayang,” katanya.
Memaklumkan tidak sukar menyuruskan suami, akui Lana David sememangnya sudah biasa berpuasa malah lebih teruja merasai nikmat Ramadan.
“Puasa di Los Angeles lebih panjang. Syukur suami saya mampu bertahan. Malah kalau berpuasa di tanah air keseronokannya juga lebih berganda,” katanya lagi.
Dalam kerancakkan menyambut Ramadan, Lana juga tidak duduk diam sebaliknya giat mempromosikan produk kesihatannya sendiri hingga ke Singapura, Indonesia dan Brunei. Kongsinya yang masih mengambil tawaran berlakon, sebagai wanita berkeluarga dia juga mahu membantu suami menjana pendapatan sebagai persediaan masa depan.
“Saya bukan jenis yang suka duduk diam. Selepas mendapat dorongan suami, kami sama-sama mengusahakan produk untuk kecantikan dan kesihatan.
“Syukur sejak diperkenalkan sepertu Jus Ibu Kunyit, Jus Top Up dan Fat Burner & Detox, sambutan memberangsangkan hingga ke luar negara,” katanya yang melancarkan butik dalam talian, My Budak Boutique.
Related Topics
Must-Watch Video
Berita

TikToker Ali Abulaban Rasa Tidak Adil Dipenjara Seumur Hidup Kerana Tembak Isteri

gempak
07/09/2024
15:55 MYT
Bekas TikToker Ali Abulaban dipenjara seumur hidup selepas didapati bersalah menembak mati isteri dan rakan lelakinya hanya kerana menyangka mereka menjalinkan hubungan sulit.
Hiburan

Masih Solo Di Usia 41, Luna Maya: “Kahwin Tidak Akan Sempurnakan Hidup Saya”

gempak
07/09/2024
13:55 MYT
Meski diketahui sedang hangat bercinta dengan aktor yang jauh lebih muda daripadanya, Maxime Bouttier, Luna mengaku tidak terburu-buru untuk berkahwin.
Hiburan

Sertai Kelas ‘Muay Thai’, Yusof Bahrin Akui Pelakon Perlu Ada Seni Asas Pertahankan Diri - “Kalau Nak Masuk Set Baru Nak Belajar Memang...”

gempak
07/09/2024
12:55 MYT
Menurut Yusof, pelakon yang mempunyai asas mempertahankan diri akan menjadikan babak berlawan itu nampak lebih menyakinkan dan cantik.
Viral

Netizen Tampil ‘Back Up’ Abang Bas, Anggap Konten Dengan Pelajar Perempuan Hanya Gurauan - “Niat Dia Baik, Yang Fitnah Nanti Merangkaklah Cari…”

gempak
07/09/2024
12:25 MYT
Susulan kes viral ‘Abang Bas’, terdapat segelintir netizen yang meluahkan rasa simpati terhadap lelaki tersebut dan menganggap isu itu telah menutup periuk nasinya.
Hiburan

Fiziwoo Simpati Dengan Pereka Fesyen Yang Berdepan Masalah Kewangan - “Kami Rasa Kasihan & Terkesan Dengan…”

gempak
07/09/2024
11:55 MYT
Pereka fesyen Fiziwoo mengakui mereka berasa simpati dengan situasi dihadapi rakan dalam industri kreatif yang berdepan masalah kewangan sehingga terpaksa melakukan pinjaman di saluran yang salah.