Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Lana Nordin Teruja Sambut Ramadan Dan Syawal Di Tanah Air.

Chempaka Nur Iman
16/06/2017 04:00 MYT

Tiada yang lebih bermakna buat pelakon, Lana Nodin apabila berpeluang menyambut Ramadan dan Syawal yang bakal tiba bersama keluarga tercinta di tanah air.  Ini kerana tahun lalu dia menemani suami tercinta, Mohd Daud McKienzie atau David terbang ke Los Angeles, Amerika Syarikat (AS). Suaminya ketika itu terbabit dalam pemilihan ke Sukan Olimpik Rio 2016 sekaligus membolehkan mereka hanya sempat dua hari berpuasa di tanah air.

“Kalau ikutkan jadual asal, kami sepatutnya kembali ke AS April lalu disebabkan David perlu menjalani siri jelajah membabitkan pasukan bola keranjangnya.

“Namun pemergian itu ditunda disebabkan saya mahu menjalani ibadah puasa di sini, seterusnya meraikan Aidilfitri dengan keluarga.

“Sudah tentu saya mahu anak kami, Gia merasai pengalaman berpuasa dan menyambut lebaran bersama seluruh insan yang kami sayang,” katanya.

Memaklumkan tidak sukar menyuruskan suami, akui Lana David sememangnya sudah biasa berpuasa malah lebih teruja merasai nikmat Ramadan.

“Puasa di Los Angeles lebih panjang. Syukur suami saya mampu bertahan. Malah kalau berpuasa di tanah air keseronokannya juga lebih berganda,” katanya lagi.

Dalam kerancakkan menyambut Ramadan, Lana juga tidak duduk diam sebaliknya giat mempromosikan produk kesihatannya sendiri hingga ke Singapura, Indonesia dan Brunei. Kongsinya yang masih mengambil tawaran berlakon, sebagai wanita berkeluarga dia juga mahu membantu suami menjana pendapatan sebagai persediaan masa depan.

“Saya bukan jenis yang suka duduk diam. Selepas mendapat dorongan suami, kami sama-sama mengusahakan produk untuk kecantikan dan kesihatan.

“Syukur sejak diperkenalkan sepertu Jus Ibu Kunyit, Jus Top Up dan Fat Burner & Detox, sambutan memberangsangkan hingga ke luar negara,” katanya yang melancarkan butik dalam talian, My Budak Boutique.

#Kosong Kosong Dari Hati