,
Kaw

“Lantak Dialah Nak Kahwin Dengan Getah Muda, Yang Penting Tak Rampas Laki Sesiapa” – Che Ta

Fiza Kamarudin
19/07/2018
03:30 MYT
Pelakon dan pengacara popular Rozita Che Wan tampil membela penerbit drama Datuk A. Aida yang dikecam netizen selepas beritanya bakal berkahwin pelakon muda tular.
Rozita Che Wan atau mesra dengan panggilan Che Ta telah memuat naik entri di Instagram (IG) dan meluahkan rasa bengang terhadap sikap sesetengah netizen yang sering tidak puas hati dengan hidup orang lain.
A Aida dikecam netizen kerana bakal menikahi Ariff Aziz, pelakon berusia 29 tahun
Antara teguran isteri kepada Zain Saidin terhadap netizen yang menghina A Aida ialah, meminta mereka berhenti bercakap tentang perkara yang tidak berfaedah.
“Si A. Aida nak kawin dengan laki elok muda, letup getah baru lagi naw naw lepas tu ramai pulak kecam! Ramai pulak cakap yang tak sedaq diri la apa la! Tua ganyut la apa...
“Eh hampa, kami nak cakap, biaq lantak pi la dia tu nak kawin dengan getah mudah ka epal muda ka mempelam muda ka YANG PENTING TAK KACAU LAKI HAMPA dan dia kawin dengan laki SINGLE YAAAAAA bukan RAMPAS LAKI SESIAPA NA,” tulisnya menerusi entri yang dimuat naik semalam (Rabu).

Ni kami nak share dengan hampa semua, sakit hatiiiiii, geqhammmmmmmm ja dengan perangai manusia yang tak habih habih nak bawang pasai benda yang tak berpekdahhhhhhh! Ghasaaaaaaa nak hempas je dengan tumit ni . Si A.Aida nak kawin dengan laki elokkkkkk mudaaaaaaa, letupppp getahhhh baruuuuu lagi naw naw lepas tu ramai pulakkkk kecammmmmm! Ramai pulak cakap yang tak sedaq diri la apa laaa! Tua ganyuuuuutt la apa .. . Eh hampa, kami nak cakap, biaq lantak p la dia tu nak kawin dengan getah mudah ka epal muda ka mempelam muda ka YANG PENTING TAK KACAU LAKI HAMPA dan dia kawin dengan laki SINGLE YAAAAAA bukan RAMPAS LAKI SESIAPAAAAAAAAAAA NAAAAA . Patutnya hampa tu pun sokong lahhhhh diaaaaaa! Ni dok kecammmmmm! Gila ka apa, karang dia ambil laki orghanggggg hampa p hentam pung pang pung pang (termasuk kamilah) hahahah! Ni single, opkossss lah kami ok jeeeeeeeee! Apoooo daaaaaaaaaaa . Kami pun kawin dengan laki muda helok, meletup, bergetah cayakkkkkkk lagi freshhhhhh ranum !! Hahahahha, ok jaaaaaaa! Yang hanmpa dok kecam kecam dia seoleh dia ambik laki hampa pulakkkkkkkk! Nak caqi duda sat g anak sekampong pulak ?.. . Kesimpulannya, BIA LANTAK P LAAAAAAAA DIA NAK KAWIN DENGAN LAKI MUDA LETUPPPP! Dari dia buat benda tak eloqqq kannnnnn! Support 100% dia, so jangan nak kondem kondem naaaaaaa!! Netizen . Tapi tulah, bila tengok laki a.aida ni memang ramai lah makan hati, macam hero hindustannnn! Hidung tudiaaaaaaaa macam laki kami terletakkkkkkk boleh hanger baju tajam diaaaaaa . Kepada A.Aida, abaikannnn nak kecaman kecaman netizen ni, kami doakan majlis berjalan lancar!! So kita boleh buat group “LAKI KAMI MUDA BERGETAH” hahahhahaha . Ada yang nak share tak? Korang suka kalau kawan hampa kawin dengan laki single ke atau korang suka dia kawin dengan laki orang ke atau duda? Hahahahahha! BINCANGKANLAHHHHHHHHHHHH . Love, RCW ❤❤❤ . @a_aidaproduction . . #Titlejandasebenarnyadlmdilemaambiklakiorgkenapaqangdapatlakimudadikecam

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Posting tersebut telah mendapat 48 ribu likes dengan lebih 1,200 komen daripada netizen termasuk rakan artis.
Antara rakan artis yang menyokong tulisan Che Ta ialah, Azza Elite.
“Yang penting kita tak ambil laki orang dah cukup bagus. Tak kebulur laki orang,” tulis Azza di ruangan komen.
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

Nora Danish Terpesona Dengan Kecantikan Siti Nurhaliza - “Tak Mekap Pun Dah Cantik…”

gempak
19/10/2024
16:00 MYT
Pelakon Nora Danish mengakui terpegun dengan kecantikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Hiburan

Pakai Topi Tertera Huruf ‘R’, Posting Aliff Aziz Curi Tumpuan Netizen

gempak
19/10/2024
03:58 MYT
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz meraih tumpuan apabila tampil memuat naik gambar memakai topi yang tertera huruf ‘R’
Hiburan

Neelofa Dedah Tak Pernah Beli Barang Dapur Guna Duit Sendiri - “Sewa Rumah, Bil Air & Api Semua Saya Tak Pernah Sentuh…”

gempak
18/10/2024
06:55 MYT
Pelakon dan usahawan, Neelofa berkongsi bahawa dirinya tidak pernah mengeluarkan wang untuk keperluan rumah sebaliknya perkara itu diuruskan oleh suaminya, Haris Ismail.
Hiburan

Membesar Tanpa Figura Ayah, Nora Danish Akui Rasa Kekurangan - “Tak Pernah Tengok Keluarga Yang Betul-Betul Bahagia..."

gempak
18/10/2024
03:23 MYT
Pelakon, Nora Danish berkongsi dirinya berasa kekurangan kerana tidak dapat membesar dengan kehadiran seorang bapa.
Viral

Chef Selebriti Ditangkap Songlap Berlian, Emas Peminat Bernilai RM2.5 Juta

gempak
16/10/2024
07:50 MYT
Seorang chef selebriti yang pernah muncul dalam program masakan Top Chef dan Iron Chef di Thailand ditangkap pihak berkuasa tempatan kerana didakwa menipu dan mengambil barangan kemas milik seorang peminatnya.
Dun Dukun