Achey memaklumkan berita gembira itu menerusi akaun Instagramnya bersama satu foto yang di muat naik hari ini.
Menurut Achey, sukar untuk dia dan isteri menggambarkan perasaan gembira serta bahagia apabila dikurniakan bayi perempuan comel dalam kehidupan mereka.
“Assalamualaikum. Bismillah… Alhamdulillah rezeki Allah hadir dengan pelbagai cara...Setelah 8 tahun bersama masih belum punya rezeki dikurniakan cahaya mata namun pada 22/5/2018 di ramadhan ke 6 anak ini hadir untuk mengisi kekosongan yang lama itu.
“NUR TIARA ZINNIRAH NASIR nama diberikan... @tiara_zinnirahofficial di lahirkan pada 15/5/2018 pada jam 8.05pm di HKL.
"Selama hampir sebulan kami berada di kg terutama @anne_achey ramai tertanya kami gaduh ke? Sakit ke? Jawapannya menjaga tiara dalam pantang.
“Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata yang hebat, yang paling jelas saya @acheykintangkintung dan @anne_achey sangat gembira tak terkata.
"Kami berharap agar semua mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga dan menerima baik kehadiran @tiara_zinnirahofficial. Semoga @tiara_zinnirahofficial menjadi anak yang solehah serta kami dapat menjaganya dengan kudrat kami sebaiknya....RAYA NI KAMI BERTIGAAAAA YEAYYYYYY!!!,” tulisnya.
Dalam pada itu, entri tersebut dihujani dengan ucapan tahniah daripada pengikutnya yang gembira dengan berita tersebut.