Selepas melancarkan lagu ‘Biar Cinta’ tahun lalu, kini bintang berbakat besar, Syamel kembali dengan karya terbaru berjudul ‘Kau Pun Sama’.

Lagu ‘Kau Pun Sama’ juga merupakan sebuah karya yang digarap oleh Syamel sendiri bersama seorang bintang hip hop yang semakin meningkat naik Kidd Santhe.
Vokal Syamel tak perlu dipertikaikan.
Berbeza dengan karya-karya sebelum ini, ‘Kau Pun Sama’ merupakan lagu berentak rancak dan lari dari konsep balada cinta yang sering didendangkan penyanyi itu.

“Lagu itu terhasil apabila idea untuk mengadakan satu lagu yang berentak laju keluar daripada pemikiran saya dan juga pihak pengurusan.
Lari dari genre, lagu baru Syamel lebih 'catchy'.
“Pada saya, kalau lagu balada, lagu itu harus menjadi sebuah lagu balada yang sedap dan berkualiti. Dan andai kata jika inginkan lagu berentak laju, ia harus menjadi sebuah lagu yang berkualiti juga,” ujar Syamel tentang lagu tersebut.

Berbicara mengenai lagu tersebut, pihak Rocketfuel Entertainment juga yakin bahawa buah tangan terbaru Syamel ini pasti akan diminati para peminat muzik tanah air dengan gubahan muziknya yang lebih segar dan ‘catchy’.
Bakal Syamel dicungkil menerusi Akademi Fantasia.
Terdahulu, Syamel atau nama sebenarnya Syamel Aqmal Mohd Fodzly ini mula dikenali selepas bakatnya dicungkil di pentas Akademi Fantasia 2015.

Malah kemunculannya dalam arena seni tempatan terus diraikan selepas menempa kejayaan demi kejayaan.

Syamel juga berjaya mencuri perhatian peminat muzik Malaysia dengan lagu pertamanya ‘Hidup Dalam Mati’ sewaktu di awal kemunculannya dulu.
Berharap lagu baru dapat sambutan.
Syamel kemudiannya terus mengorak langkah dengan lagu ‘Lebih Sempurna’ hasil nukilannya sendiri.

Tidak cukup dengan itu, Syamel juga mencabar dirinya dengan menyertai pertandingan realiti, Duo Star di mana gandingannya bersama Ernie Zakri membuahkan hasil lewat gabungan vokal mantap mereka berdua dalam lagu ‘Aku Cinta.’