Benda paling susah dalam dunia ini rasanya nak puaskan hati semua orang. Apa sahaja yang dibuat, pasti akan menjadi perhatian dan kata-kata orang tambah lagi jika orang tersebut terkenal.

Pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella yang berkahwin dengan bekas suami selebriti jelita Erra Fazira baru-baru ini turut menjadi bahan cakap-cakap netizen setelah memuat naik gambar dirinya, suami, Engku Emran dan Erra Fazira bertiga ketika memberikan sokongan pada acara sukan anak bekas pasangan tersebut, Engku Aleesya.

Ayah - Bunda - mom ♥️ #teamAleesya #swimminggalaprimary2017 #happysaturdayyall

A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on

Di laman Instagram Bella, gambar ini sahaja telah mendapat 1.1 juta likes serta 13,000 komen dari netizen. Mereka saling memberikan komen negetif namun dibalas positif oleh peminat Erra Fazira.

@anita_kenzo : "Tetep aja ada cemburu masih ketemu mantan .. gagal move on .. mkn hati wlu sedikit bella .. klu gue jujur yg nama nya mantan udh masa lalu yg ga perlu hadir lg dlm kehidupan karna sedikit banyak akan melukai perasaan pasangan baru tanpa di sadari .."

@yulmaagt : "kok aku takut nanti mereka nginget masalalu kok aku jd yg gimana gitu semoga teh bella dan suami rumah tangganya di lindungi allah"

@t.utami : "Surga yg tak dirindukan versi kisah nyata ini sih"

@mandypinky2017 : "Jgn sesuka hati berprasangka buruk terhadap Erra Fazira. Kalau Erra mau bersama Emran sudah lama dia rujuk dengan Emran bknnya sekarang. Kalau nak tahu, Erra bukan saja baik dgn BEKAS suaminya Emran, dgn bekas suaminya Yusry juga dgn bekas2 kekasihnya juga dia berbaik. Jadi apa masalah dengan korang yg berfikiran sempit. Seenaknya kamu memfitnah Erra dgn pemikiran2 busuk kamu yg bukan2. Buka minda kamu, jgn terus berfikiran kotor."

@yantiewidha : "Resiko menikah sm duda yaa ky giniii..alasan nya demi anak"

Ada segelintir peminat yang masih tidak tahu bahawa Emran dan Erra telah lama berpisah dan menyangkakan Bella kesayangan mereka dipoligamikan.

Kami yakin Erra Fazira dan Engku Emran telah lama move on, tidak bersengketa dan bahagia dengan hidup mereka masing-masing.

Buat Engku Emran, Bella dan Erra Fazira, tabahlah menghadapi cakap-cakap dari netizen. Semoga rumahtangga dan apa jua rencana masa hadapan yang mahu dibina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.