,
Kaw

Lima Perkara Menarik Tentang Pelakon PASKAL, Tapi Apa Kaitannya Dengan PUBG?

Hanafis Haris
07/09/2018
05:17 MYT
Tidak kurang daripada tiga minggu daripada sekarang, filem ketenteraan paling ditunggu-tunggu iaitu PASKAL bakal ditayangkan.
Filem terbabit mengangkat kisah perjuangan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Ia dinspirasikan daripada kisah benar yang mengetengahkan kejayaan pasukan elit tersebut dalam melaksanakan Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Angola pada tahun 1998.
Bukan itu sahaja, filem PASKAL juga turut diinspirasikan daripada kejayaan PASKAL merampas kapal dagang MT Bunga Laurel dalam kejadian di Teluk Aden pada 2011.
Apa sebenarnya PASKAL? Demi menjayakan filem ini, kesemua pelakon terpaksa menjalani pelbagai latihan insentif di luar jangkaan bagi menjayakan karakter sebenar anggota PASKAL. Malah boleh dikatakan hampir kesemua aksi dalam filem ini dilakukan sendiri.
Namun, dalam mereka menjalani latihan dan berlakon di set penggambaran, sebenarnya banyak perkara menarik yang kita semua tidak tahu. Impak membawakan watak tentera sangat besar dan adakalanya mengubah persepsi, pandangan serta kelakuan.
Bagi anda yang tertanya-tanya, ini lima perkara menarik yang mungkin ada perlu tahu mengenai pelakon PASKAL ini.

#1 MEREMANG BULU ROMA TIAP KALI DENGAR LAGU PATRIOTIK

Kalau sudah bergelumang dengan tentera hampir setiap hari, sudah pasti semangat mereka itu terbawa-bawa walaupun di luar set penggambaran. Barulah kita sedar betapa besarnya pengorbanan bergelar tentera.
Perkara ini pastinya dirasai kesemua pelakon termasuk Hairul Azreen sendiri yang meremang bulu roma setiap kali lagi patriotik berkemundang.
“Setiap kali dengar lagu patriotik setiap kali itu saya beremang bula roma. Mungkin semangat PASKAL itu dibawa-bawa hingga ke rumah,” katanya.

#2 UBAH PERSEPSI TERHADAP ASPEK KETENTERAAN DAN KESELAMATAN NEGARA

Sebelum ini pasti ramai tidak tahu apa itu PASKAL. Banyak sebenarnya perkara yang kita sebagai rakyat Malaysia sendiri tidak tahu mengenai aspek ketenteraan negara.Tidak kiralah dari segi aspek latihan atau aset yang Malaysia miliki. Semuanya seperti dirahsiakan oleh kerajaan bukan?
Sebenarnya tidak, kita yang pandang sebelah mata kerana kononnya Malaysia tidak setaraf dengan dunia luar. Hakikatnya, kita sebenarnya antara yang terbaik di dunia!
Begitulah yang dilihat oleh pelakon Theebaan. Menurutnya, jika dulu dia melihat hal ketenteraan tanpa berasa apa-apa, sekarang dia lebih menghargai nilai ketenteraan dan memandang tinggi mereka yang sanggup berkorban mempertahankan negara.
"Barulah saya sedar betapa besarnya pengorbanan tentera yang berjuang untuk menjamin keselamatan negara," katanya.

#3 KETEGASAN TENTERA HINGGA KE RUMAH

Tegas tanda sayang. Paling sukar adalah apabila karakter yang dilakonkan itu dibawa hingga ke rumah. Itulah yang terjadi pada Hairul Azreen.
Impak latihan dan lakonan filem terbabit sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan sehariannya.
Jelasnya, dia adakalanya berkelakuan sedikit tegas dan garang kepada anaknya Yusof Iskandar sehinggakan perkara itu disedari isterinya, Hanis Zalikha.
“Selalunya dengan Yusof saya lebih bermanja, namun ada sekali tu saya berkelakuan sedikit tegas pada Yusof. Benda itu saya tidak sedar sehinggalah ditegur isteri,” katanya.

#4 FILEM KETENTERAAN KEDUA TAUFIQ HANAFI

Makin menyerlah! Jika anda melihat wajahnya, pasti teringat watak dalam Ola Bola The Movie. Namun untuk PASKAL, ia bukanlah filem pertama Taufiq yang mengangkat elemen ketenteraan. Sebaliknya ia filem kedua selepas Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior.
Menurut Taufiq, dia mengakui terbeban membawakan watak anggota elit PASKAL. Jelasnya dia tidak mahu menghampakan bapanya yang juga merupakan bekas anggota tentera.
"Bapa saya turut menegaskan agar saya bersungguh-sungguh dan tidak main-main dengan watak ini. Malah dia ada bertanya adakah saya sudah untuk 'didera' dan menjalani latihan sebagai seorang anggota sebenar," katanya.

#5 BAWA SEMANGAT PASKAL DALAM PERMAINAN PUBG

Come on guys! Hairul pun main kot. Jangan ingat benda serious je anda perlu tahu mengenai pelakon-pelakon PASKAL ini. Ada masa kena la fun sedikit kan?
Menurut pelakon Henley Hii, sebaik selesai penggambaran filem ini, dia terbawa-bawa semangat PASKAL kepada permainan PUBG.
“Sebelum ini kalau main, pakai hentem je tapi kali ini ada strategi dan sedikit taktikal.Sampai tiga pagi pun boleh on semua main PUBG. Antara team PUBG PASKAL adalah Hairul, Henley, Theebaan, Taufiq dan producer,” katanya.
Diarahkan oleh Adrian Teh, filem PASKALmenampilkan gandingan barisan pelakon yang cukup berbakat antaranya Hairul Azreen, Ammar Alfian, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Henley Hii, Theebaan G dan Jasmine Suraya Chi.
Jangan lupa tonton PASKAL pada 27 September ini!
Related Topics
Must-Watch Video
Peraduan

Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Wicked Part 1

gempak
13/11/2024
10:00 MYT
Siapa nak menang hadiah ke Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Wicked Part 1
Peraduan

Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Gladiator II

gempak
06/11/2024
10:00 MYT
Siapa nak menang hadiah ke Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Gladiator II?
Peraduan

Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Home Sweet Loan

gempak
06/11/2024
10:00 MYT
Siapa nak menang hadiah ke Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Home Sweet Loan?
Hiburan

Don Dukun Paling Laris! Raih Kutipan RM3 Juta Selepas 6 Hari Tayangan

gempak
06/11/2024
07:25 MYT
Filem komedi seram, Don Dukun, terus menambat hati penonton dan sekali gus menerima kutipan RM3 juta di pawagam dalam tempoh 6 hari tayangan.
Filem

Watak Kelakar Dalam Don Dukun Menjadi, Zul Ariffin Tak Mahu Tumpu Satu Genre Saja - “Semua Genre Saya Boleh Buat”

gempak
06/11/2024
04:55 MYT
Aktor Zul Ariffin memaklumkan ada beberapa pihak sudah mula mengintainya untuk program hiburan lawak selepas membintangi filem komedi seram, Don Dukun.
Unitar