Kaw

Luahan Hati Bapa Elfira Loy

Mohamad Bakar
15/03/2018
02:26 MYT
Sensasi kisah putus tunang membabitkan pasangan selebriti, Elfira Loy dan Sufian Suhaimi nampaknya belum reda saat ini. Malah sekalipun kedua belah pihak dilihat tidak mendedahkan punca mereka putus tunang sejak pertengahan bulan lalu, orang luar terutama netizen pula pantas memberikan andaian itu dan ini.
Ia termasuklah kononnya keluarga Elfira meletakkan jumlah wang hantaran yang tinggi yang tak mampu disediakan Sufian hingga menjadi punca mereka putus.
Malah selepas keluarga kedua belah pihak sepakat untuk tidak memanjangkan isu ini, Sufian pula dilihat terus-terusan memenuhi undangan teman media untuk terus bercerita mengenai hal berkenaan.
Lalu selepas tiga minggu menjadi pemerhati bebas, bapa Elfira Loy, Ahmad Sabri Ariffin, berkongsi isi hatinya terhadap apa yang berbangkit selama ini.
“Sejak cincin dipulangkan pada 18 Februari lalu kepada keluarga Sufian, di Muar Johor, saya fikir hal ini tidak akan berpanjangan. Malah pakcik yang mewakili keluarga Sufian ketika itu pun berharap tak perlu diperbesar dan dipanjangkan isu ini. Namun yang sebaliknya pula terjadi kerana Sufian terus-terusan bercerita dan anak saya hanya beberapa kali saja memberikan kenyataannya. Kenapa dia perlu main isu itu lagi?Cukup-cukuplah main isu putus tunang.
“Anak saya sendiri pun tak mahu panjangkan hal ini. Bagi saya bapa atau pak cik Sufian seelok-eloknya menasihati kepadanya supaya tidak terus memanjangkan hal ini. Benda ini sudah tamat. Saya faham tugas wartawan untuk mengorek cerita dan Sufian juga boleh cakap tidak dan jangan lagi memberi komen. Saya kurang pasti apakah ini semua strategi Sufian dan pihak pengurusannya mahu mempromosikan single terbarunya Di Matamu itu.
“Selepas memulangkan cincin itu, saya yakin dan percaya kedua belah keluarga menerima ketentuan ini dengan lapang dada. Hal jodoh dan pertemuan itu milik Allah,” kata Ahmad Sabri yang ditemui Rojak Daily Kaw!
Menurut Ahmad Sabri lagi, bekas isterinya Filzah Yusoff yang juga ibu kepada Elfira juga turut diserang secara emosi apabila dikatakan mata duitan dan menjadi punca utama putus tunang terbabit.
“Kenapa ada yang beranggapan wang jumlah hantaran yang tinggi menjadi punca mereka putus tunang. Percayalah masa majlis merisik mahupun bertunang tak ada pun perkara ini dibangkitkan. Masa dua majlis berkenaan pihak keluarga saya sendiri tak ada minta yang minta-minta. Jadi kenapa perlu ada andaian itu dan ini.
“Setahu saya, bekas isteri hanya meminta Sufian menghafal surah Al Mukh saja dan membuat tabungan sebelum tiba hari mereka berkahwin. Saya dapat tahu Januari lalu pun dia belum hafal sepenuhnya surah itu. Ada juga yang tuduh keluarga kami mahukan lelaki yang kaya untuk jadi suami Elfira.
“Tak hanya disitu, istilah perampas juga terus dimainkan menuduh Elfira merosakkan kebahagiaan hubungan cintanya sebelum ini. Saya yakin Sufian ada jawapan konkrit dan perlu jujur dengan hal sebenar.
“Ikutkan dari awal lagi saya dan bekas isteri yang mencadangkan anak kami untuk mempertimbangkan Sufian sebagai calon menantu. Cuma jodoh mereka tak panjang. Saya percaya baik Sufian dan Elfira kini sedang menerima hakikat Qada dan Qadar ini,” katanya.
Menurut Ahmad Sabri lagi sejak permulaan ikatan anaknya dengan Sufian terjalin, naluri hatinya sebagai bapa berasakan banyak benda bagai tak kena.
“Jujurnya ketika majlis bertunang bulan Oktober lalu pun saya sudah tawar hati. Tapi saya ikut rentak dan percaya mungkin ini semua ujian serta dugaan kecil. Majlis pertunangan pun sebenarnya kelam kabut. Saya lihat ia petanda tak baik yang hubungan mereka takkan lama. Cuma saya tidak mahu cepat buat keputusan terburu-buru kerana ia soal kebahagiaan anak sendiri.
“Kira-kira dua bulan selepas bertunang iaitu pada November tahun lalu saya berbincang dengan ibu Elfira bagaimana untuk tidak meneruskan hubungan mereka. Kita orang Melayu ada cara, budaya dan adat sekalipun nak putuskan tali pertunangan. Jujur langkah saya berat tapi mahu atau tidak kena teruskan.
“Saya cari waktu yang sesuai untuk pulangkan cincin selain Elfira, abangnya dan bekas isteri turut mengerjakan umrah pada awal Februari lalu. Hinggalah terjadi juga detik itu pada 18 Februari lalu,” katanya.
Tambah Ahmad Sabri lagi, asalnya majlis pertunangan dirancang pada tahun ini dan bukannya tahun lalu.Semoga selepas ini tidak ada cakap-cakap belakang lagi.
“Selepas majlis merisik Jun tahun lalu, keluarga Sufian bercadang mengadakan majlis tunang pada bulan Februari atau Mac tahun ini. Jadi ikut pertimbangan majlis kahwin mungkin akan berlangsung Jun tahun ini. Jadi dalam hati saya bercita-cita nak taja bulan madu mereka di Makkah seperti yang diingini Elfira.
“Malah jarak setahun itu saya lihat sedang elok untuk mereka kenal hati budi selain membuat persiapan kahwin. Tapi yang jadi sebaliknya apabila apabila majlis pertunangan dipercepatkan Oktober tahun lalu. Saya percaya benda yang baik wajar dipercepatkan. Namun daripada sudut lain, nampak macam ia tergesa-gesa sangat hingga majlis kahwin diberi bayangan pada bulan ini.
“Dua minggu sebelum bertunang pun, saya dan ibu bapa Sufian berjumpa di sebuah kedai kopi di Senawang. Saya tawar berjumpa kerana pada mulanya urusan nak bertunang ini menggunakan media telefon bimbit. Saya cakap urusan ini kena jumpa dan berbincang elok elok.
“Saya faham mereka muda, ghairah nak kahwin. Saya pun pernah muda. Tapi kita yang orang tua ini kenalah pantau. Kahwin ini bukan babit hati dua pengantin saja tetapi juga keluarga masing-masing. Jangan lepas tangan. Selepas itu juga saya bertemu Elfira untuk cari jalan termasuk memaklumkan kepada rakan media bahawa majlis kahwin takkan terjadi pada tahun ini,” katanya.
Malah selepas putus tunang, Ahmad Sabri lihat Elfira sangat kuat biarpun tahu hatinya rapuh dan luluh kerana hari bahagia tak jadi seperti yang diingini.
"Saya kenal anak sendiri dan jika ibu bapanya tak restu termasuk soal pilihan hidup, dia tak akan sewenang-wenangnya membantah,” katanya.
Sufian dan Elfira bertunang pada 6 Oktober tahun lalu dan sepatutnya majlis bersejarah mereka berlangsung pada bulan ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Viral

Jaga Bapa Mentua Sakit Seikhlas Hati Tapi Ipar Duai Tuduh Gila Harta, Suami Pula Cari Teman Lain - “Saya Terpaksa Pura-Pura Kuat…”

gempak
10/07/2024
03:49 MYT
Selama ini ikhlas menjaga bapa mentuanya yang terlantar sakit namun ipar duai telah menuduhnya gila harta.
Laman Utama

“Sekarang Saya Risau Jika Leona Jenis Yang Bodoh Setiap Hari” - Azhar Sulaiman Luah Perasaan, Sedih Anak Selalu Bikin Kontroversi

gempak
05/06/2023
06:00 MYT
Luahan hati seorang bapa...
Laman Utama

“Yang Mummy Takut Apabila Tidak Mahu Lagi Menegur”- Mas Idayu Akhirnya Buat Luahan Hati Kenapa Enggan Beri Komen

gempak
29/01/2023
16:54 MYT
Mummy okay.
Laman Utama

“Abang Ada Golden Touch Macam Papa…”- Sayu Luahan Syafiq Yusof, Netizen Mohon Jangan Give Up!

gempak
29/06/2022
00:54 MYT
Hey filem Syafiq pun best lah.
Laman Utama

“Muntah, Ketakutan… Seluruh Badan Rosak,” – Elyana Mohon Tolong Fahami, Bukan Menghakimi

gempak
25/11/2021
08:48 MYT
Semoga Elyana terus kuat, sama-sama doakan Elyana kembali sihat. Amin.