Kehidupan seorang artis bukan semuanya indah-indah belaka. Banyak pengorbanan yang tidak dilihat orang di luar sana. Kebanyakan mereka enggan berkongsi zaman susah payah, tetapi sekali sekala kalau kita baca dengan teliti, pasti ada yang membuka sedikit kisah jerih hidup mereka.

Semangat mak kuat.

“Selama 26 tahun penat Lelah dan pengorbanan mak kita tak ada siapa yang nampak. Cara dia besarkan kita sebagai ibu tunggal, di waktu ayah saya telah bulat hati untuk pergi dari hidup kami berdua, dia memikul tanggungjawab sebagai ibu dan ayah,” luah Diana Danielle di Instagram beliau.

Keluarkan dari kehidupan yang tidak stabil.

Ada masa memang nampak dia patah hati, kecewa dan tak larat memikul dugaannya, tapi semangat kuat mak kita, cara dia keluarkan kami dari ketidakstabilan dan hingga dia mampu letakkan saya di sekolah antarabangsa, rumah dan kehidupan yang lebih dari selesa dengan rezeki yang mak kita cari sendiri tanpa bergantung pada sesiapa, bila saya fikir balik saya rasa kagum sangat.

Berkorban untuk kejayaan anaknya.

Dia mengajar saya untuk bekerja keras, berdiri atas kaki sendiri dan dia ajar kita untuk sentiasa ingat yang kita pernah susah, susah sangat-sangat.

“Dan sekarang mak kita masih berkorban setiap hari untuk pastikan segala tentang kerjaya saya disusun rapi, kejayaan dikongsi bersama susah-susahh pun sama-sama diam-diam saja.

Keluarga Diana Danielle.

Yang ditunjukkan pasti yang cantik saja, yang payah tu orang tak nampak. Bekerja dengan mak sendiri memang tak senang, tapi hanya mak kita yang pandai jaga kita dengan sempurna sekali.

Itulah serba sedikit luahan hati Diana Danielle di Instagram beliau mengenai ibunya yang banyak berkorban untuk memberikan kesenangan pada anaknya.