Penyanyi, Imran Ajmain bakal beraksi dalam sebuah konsert mini Sepuluh Tahun Pertama di Studio Recital, Esplanade, Singapura pada 12 hingga 15 Julai ini.
Imran yang juga merupakan Pengarah Kreatif SukaSucre Group of Companies, akui gementar menanti hari berlangsungnya konsert itu yang dianggap cukup signifikan dalam profil serta kerjaya seninya.
.jpg)
“Sejujurnya, saya berasa teruja dan waktu sama berdebar apabila berpeluang untuk muncul di dalam sebuah konsert mini sulung apatah lagi ia diadakan di Esplanade yang merupakan salah satu impian saya selepas bergelar artis.
“Begitupun, perasaan berdebar ini berjaya membangkitkan semangat luar biasa buat saya selepas mengetahui tiket sudah terjual hampir 90 peratus sebaik sahaja mula dilancarkan.
“Lantaran itu, saya harus berjuang sehabis daya pada persembahan itu nanti,” katanya ketika ditemui di ibu negara baru-baru ini.

Bercerita mengenai persediaan konsert mini itu, Imran menjelaskan, dia akan diiringi sekitar 15 pemuzik profesional dari Singapura sepanjang persembahan berdurasi hampir dua jam ini.
“Saya kini lebih kerap berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Singapura untuk menghadiri sesi latihan bersama pemuzik selain bagi mendapatkan keserasian kami apabila bergabung di atas satu pentas sama nanti.
“Pada masa yang sama, saya akan lebih mengambil berat terhadap soal kesihatan supaya dapat mengekalkan stamina ketika membuat persembahan nanti. Saya meletakkan ekspektasi tinggi untuk memberi kepuasan kepada peminat yang hadir,” ujarnya.

Imran yang mula dikenali dengan karya sulung, Sudah Tu Sudah dan diikuti Seribu Tahun sekitar tahun 2006 bagaimanapun meluah kelegaan kerana penjualan tiket konsert mini itu mendapat sambutan menggalakkan sebaik sahaja dilancarkan di atas talian sejak sebulan lalu.
Antara lagu yang akan didendangkan termasuklah lagu-lagu baru Imran iaitu Sentiasa Merinding dan Intan & Perak.

Selain bakal mempersembahkan rangkaian lagu popularnya, Imran juga akan mengadakan slot khas sebagai tribute untuk arwah bapanya, Ahmad Husaini Ajmain yang merupakan penerbit, penyusun muzik dan penggubah lagu terkenal untuk penyanyi era 80-an.
Populariti arwah bapa Imran mengharum indah selepas bekerjasama dengan nama-nama besar industri seni seperti Othman Hamzah, Sweet Charity, Salwa Abdul Rahman, Salimah Mahmood, Azean Irdawaty dan ramai lagi.

Tiket berharga 27SGD (RM80) boleh dibeli dengan menghubungi Esplanade Box Office di talian (65) 68288389 atau emel [email protected]. Sementara itu, para pelajar dan golongan senior pula boleh mendapat diskaun dengan harga 21SGD (RM63).
Imran yang pernah membikin lagu buat Taufik Batisah, SleeQ, Hady Mirza dan ramai lagi sebelum ini telah melancarkan empat buah album.
Manakala album kelimanya sedang direncanakan untuk pelancaran dijadualkan penghujung tahun ini.