KAW
Mak Nani Diraikan Selama Lima Jam
Kegemilangan filem Melayu dari Jalan Ampas, Singapura seperti mana karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee tetap terus segar ditonton peminat sehingga kini, begitu juga jasa dan sumbangan seni yang ditinggalkan karyawan di negara jiran itu yang mewarnai industri perfileman tempatan.
Seniwati Datuk Rosnani Jamil atau mesra dipanggil Mak Nani antara bakat seni yang pernah berkecimpung sebagai pelakon sehingga menjadi seorang pengarah. Meskipun, filem arahannya Mawar Putih pada tahun lalu gagal mendapat sambutan penonton, ia tetap menjadi satu pencapaian buatnya menghasilkan filem baru pada usia emas.
Sebagai satu penghormatan pada anak seni ini yang menyatakan persaraannya daripada bidang seni selepas menghasilkan filem terakhirnya, selebriti berusia 81 tahun ini akan diraikan dalam sebuah konsert selama lima jam yang diadakan di Auditorium Kelab Masyarakat Marine Parade, Singapura pada 19 Februari ini. Menariknya, peminat yang hadir bukan saja berpeluang menonton filem terakhirnya itu tetapi juga dihiburkan dengan lagu ciptaan arwah suaminya, Datuk Jamil Sulong antaranya "Tiada Kata Secantik Bahasa, Kau Laksana Bulan" dan "Tiru Macam Saya".
Acara ini juga diserikan dengan kehadiran rakan artis seperti Rahimah Rahim, Kamaliah Latif, Mahani Mohd, A. Mahadi, Eddie Ali, Fido Ahdross, Fir Ramlee, Zaiton, Sri Dewi, K. Fatimah, Wahid Satay dan Nona Asiah, seperti dilaporkan Mediacorp. Konsert ini yang mendapat sokongan dan kerjasama dari Kelab Masyarakat Marine Parade, (IAEC dan MAEC) dan Persatuan Minangkabau Singapura diserikan dengan persembahan nyanyian cucu Mak Nani sendiri, Tiesha yang akan menyanyikan lagu runut bunyi dari filem Mawar Putih.