Skip to main content

Market Trends

“Malas Nak Layan Spekulasi Netizen” - Diana Danielle

diana-danielle-01.jpg

“Rumahtangga kami seperti biasa, bahagia dan masih tinggal sebumbung. Saya malas nak melayan sebarang spekulasi terutama daripada netizen kerana tidak mahu memberi respons kepada isu yang tidak berasas,” jelas pelakon Diana Danielle, 26, mengenai isu rumahtangganya dengan pengarah dan pelakon Farid Kamil, 36, yang dikatakan bergolak.

Farid bawa anak-anak beraya di Alor Setar.

Tegasnya lagi, lebih baik dia menumpukan kepada perkara yang berfaedah dan membawa kebaikan.

Advertisement

Desas-desus keretakan rumah tangga pasangan selebriti popular itu mula tersebar apabila mereka menyambut Aidilfitri secara berasingan.

Farid beraya di Alor Setar, Kedah bersama dua anaknya, Muhammad, 4 dan Nur Aurora, 2 tahun, manakala Diana pula, di Kuala Lumpur bersama ibu, Norsiah Ramli dan adiknya.

Diana terpaksa menjaga ibunya di Kuala Lumpur.

Menjelaskan perkara itu, kata Diana dia terpaksa menjaga ibunya di Kuala Lumpur kerana dia dijangkiti virus demam denggi dan memerlukan penjagaan rapi kerana tubuhnya sangat lemah.

“Sebab itulah saya tidak dapat balik berhari raya dengan Farid kerana perlu temankan ibu dan adik,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Penting untuk anak-anak gembira di hari raya.

Jelas Diana, keluarganya lebih penting daripada segala-galanya dan dia cuma menjalankan tanggungjawabnya sebagai anak.

“Anak-anak gembira beraya di Kedah. Mereka mempunyai ramai sanak-saudara yang menyayangi mereka dan Farid ada bersama mereka,” katanya.

Bahagia bersama suami tercinta.

Kelmarin, kehadiran Farid bersama anak sulung mereka Muhammad dan ibu mentuanya untuk memberi sokongan kepada Diana Danielle, pada acara Toyota Gazoo Racing – Graduation Ceremory, yang diadakan di Litar Sepang Antarabangsa, menangkis dakwaan kononnya mereka tidak lagi sehaluan.

Must-Watch Video