Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Mampukah Alicia Keys Dan Miley Cyrus Menjadi Juara The Voice?

Azwa Rahman
15/09/2016 06:26 MYT
Siri realiti popular Amerika Syarikat (AS), The Voice bakal kembali dengan dua jurulatih baru dan pastinya lebih hangat!

The Voice musim ke 11 ini menampilkan Alicia Keys dan Miley Cyrus sebagai gandingan baru yang mengantikan Christina Aquilera dan Pharell Williams pada musim terdahulunya. Alicia dan Miley bakal berentap dengan dua jurulatih asal The Voice, Adam Levine dan Blake Shelton.

Gambar: FB The Voice

Rancangan realiti yang pernah memenangi Anugerah Emmy sebanyak dua kali ini bakal memulakan siarannya pada 20 September 2016, sama hari dengan Amerika Syarikat. The Voice musim ke-11 akan bersiaran di saluran Star World (711) dan Star World HD (722) pada setiap hari Selasa dan Rabu pada jam 1 tengahari, 6 petang dan juga 10 malam.

Kami jangkakan, kehadiran Alicia Keys dan Miley Cyrus akan memberi cabaran yang sengit pada Adam dan Blake untuk musim kali ini. Mari kita saksikan sedikit sedutan rakaman ketika proses pemilihan dilakukan.

#Program TV #Program TV