Teraju utama filem Pulang, Remy Ishak mengakui masih dalam proses memperbaiki diri sebelum melangkah ke alam rumah tangga.

Remy berkata, dia bukanlah seorang lelaki yang terlalu sempurna dan masih berusaha menjadi yang terbaik sebelum melengkapkan diri sepenuhnya sebagai peneraju rumah tangga.

Remy dan Ezza ketika majis pertunangan mereka tahun lepas

“Saya dan tunang, Ezza Yusof, masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga walaupun sudah setahun mengikat tali pertunangan.

“Pada tahap sekarang kami masih dalam proses mengenali dan mempelajari tentang diri masing-masing dan mengambil tempoh bertunang ini untuk betul-betul memahami pasangan,” katanya.

Remy dan Ezza...Komitmen kerja membantutkan pasangan ini untuk berkahwin dalam masa terdekat

Tambah Remy, komitmen kerja juga menjadi alasan untuk dirinya dan Ezza menangguhkan dulu perancangan untuk berkahwin.

Ketika ditanya adakah 2019 atau 2020 bakal manjadi penutup tirai kepada zaman bujangnya, Remy berkata, hari bahagia tersebut pasti akan tiba.

Remy dan Puteri Aishah bergandingan dalam filem Pulang

“Jujur saya katakan, sehingga 2019 kerja saya back to back. Alhamdulillah, rezeki buat saya dan permulaan yang baik untuk 2018 ini.

“Kalau ramai yang meneka saya akan kahwin pada tahun 2020, doakanlah yang baik-baik. Buat masa ini kita ikut flow. Lagipun perancangan asal bertunang selama dua tahun,” ujarnya yang mengikat tali pertunangan pada Mei tahun lalu.



Remy ditemui Rojak Daily Kaw! ketika majlis pelancaran muzik video Jutaan Purnama bersama penyanyi Alyah di Keriang Hill, Kedah, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Remy berkata, dia kini giat mempromosikan filem terbaharu lakonannya bersama Puteri Aishah iaitu Pulang yang sedang ditayangkan di pawagam bermula 26 Julai lalu.