Isteri kepada Lan Solo, Nur Sheila Hassim, berkongsi pengalaman mengenai anaknya Muhammad Akid Qassyaff, 3, yang hampir sakit kerana gadget.

Sheila menerusi muat naik di Instagram (IG) pada dua hari lalu, memberitahu mata Akid tidak berhenti berkedip dan mengalami sakit kepala.

Sheila bersama Akid yang nyaris menjadi mangsa gadget

Tambah Sheila mujur dia dan suami perasan perubahan diri Akid yang turut mengalami sakit mata setiap kali bangun daripada tidur.

Katanya lagi, mujur mereka cepat bertindak dengan menyimpan semua gadget dan selepas seminggu mata Akid tidak lagi berkedip serta sakit kepala juga hilang.

Perkongsian Sheila untuk dijadikan iktibar kepada ibu bapa mengenai kesan penggunaan gadget di kalangan kanak-kanak

Dalam pada itu, Sheila sempat berpesan kepada ibu bapa supaya sentiasa berhati-hati dan memantau penggunaan gadget di kalangan anak-anak.

Dia juga mahu ibu bapa di luar sana mengambil iktibar daripada pengalaman tersebut.

Terdahulu, viral di media sosial mengenai seorang kanak-kanak di Fillipina yang terpaksa menanggung sengsara kerana mengalami gangguan saraf pada bahagian muka sejak Julai lalu gara-gara kerap menggunakan gajet.