,
Kaw

“Melawat Wany? Biarlah Rahsia” - Khai Bahar

Chempaka Nur Iman
14/03/2018
06:15 MYT
Nama Khai Bahar panas semula lagi apabila penyanyi itu enggan mendedahkan sama ada pergi melawat rakan artis yang digossipkan dengannya, Wany Hasrita ketika gadis terbabit dimasukkan ke hospital, baru-baru ini.
Malah pelantun lagu Bayang itu lebih selesa tidak memberikan jawapan pasti dan menegaskan biarlah perkara berkenaan hanya diketahui mereka berdua.Sebagai kawan, doa supaya cepat sembuh.
Pemilik nama sebenar Muhammad Khairul Baharuddin, 24, itu tidak mahu sebarang pengakuan boleh mencetuskan spekulasi liar berkenaan hubungan dengan Wany sekali gus mampu mengundang fitnah.
“Biarlah rahsia. Cuma saya dan dia saja yang tahu kalau pun saya datang melawat. Apa yang penting, sebagai kawan saya doakan dia segera sembuh sebaik saja dimaklumkan mengenai berita terbabit.
“Sebelum ini pun saya sudah tegaskan kami cuma kawan baik. Sejujurnya saya tak kisah pun dikatakan rapat dengan Wany asalkan peminat gembira. Selain Wany, saya juga dikaitkan dengan Ara Johari.Anggap sekadar usikan peminat.
“Bagi saya ia sekadar usikan peminat dan saya anggap ia asam garam dalam bidang yang saya ceburi ini. Selagi tidak mendatangkan fitnah, tidak mengapa. Namun dalam soal melawat ketika Wany diserang virus Influenza B tempoh hari, biarlah hanya kami yang tahu,” katanya.
Khai yang ditemui Rojak Daily Kaw! pada majlis pelantikannya selaku duta produk penjagaan wajah di Putrajaya, semalam turut mendedahkan ada peminat tegar membuka laman Instagram khusus untuknya dan Wany.Okay selagi tidak disalahgunakan.
“Sebenarnya saya pun baru tahu wujudnya akaun terbabit yang banyak memuatnaik gambar dan aktiviti kami. Saya anggap ia sebagai tanda penghargaan penyokong kami. Selagi tidak disalahguna, saya okay,” katanya lagi.
Terdahulu, kebanyakan pengikut tegar kedua-dua penyanyi muda terbabit menganggap Khai dan Wany, 25, secocok sebagai pasangan kekasih selepas masing-masing muncul dalam sebuah program hiburan yang menyerlahkan keserasian mereka.Terima tawaran duta produk.
Mengenai pemilihan sebagai duta produk buat julung kali hanya selepas tahun kedua dalam industri hiburan, akui Khai bukan disebabkan terlalu mengutamakan tawaran wang sebaliknya dulu jadual aktiviti seni terlampau padat hingga takut tidak mampu memberikan komitmen.
“Saya tahu ada yang tertanya-tanya kenapa baru sekarang saya ambil tawaran sebagai duta produk. Banyak faktor yang perlu saya pertimbangkan terutama kekangan masa dan kini rasanya adalah waktu terbaik untuk saya bekerjasama dengan jenama ini,” ulasnya lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

"Saya Terlalu Sibuk!" - Amir Masdi Tak Sempat Fikir Fasal Cinta, Hanya Fokus Kerja Sahaja

gempak
02/09/2024
06:04 MYT
Penyanyi Amir Masdi menjelaskan bahawa dia tidak memberi fokus kepada mencari pasangan hidup sebaliknya hanya memberikan tumpuan sepenuhnya untuk mengembangkan kerjaya.
Hiburan

Zarina Anjoulie Gembira Pembedahan Hidung Berjaya, Rasa Lebih Yakin Depan Kamera

gempak
01/09/2024
05:52 MYT
Pelakon sensasi Zarina Anjoulie menzahirkan rasa gembira apabila proses pembedahan hidung yang dilakukan berjalan dengan lancar.
Hiburan

Bimbang Dengan Kes Jenayah, Erra Fazira Pantau Aktiviti Anak Perempuan - "Saya Tidak Mengongkong Anak"

gempak
29/08/2024
11:55 MYT
Susulan kes jenayah yang semakin membimbangkan, aktres jelita, Erra Fazira menzahirkan rasa risau terhadap keselamatan anak perempuannya, Engku Aleesya.
Hiburan

Kongsi ‘Quote’ Dengan Maksud Tersirat, Ruhainies Tujukan Dekat Siapa?

gempak
23/08/2024
03:35 MYT
Pelakon kontroversi, Ruhainies memuat naik mesej yang mempunyai maksud tersirat menerusi platform media sosialnya.
Hiburan

Fatiya Latiff Dedah Bakal Dirikan Rumah Tangga Tahun Hadapan, Dapat 'Green Light" Dari Ibu Bapa

gempak
22/08/2024
08:55 MYT
Pelakon Fatiya Latiff mendedahkan dirinya bakal mendirikan rumah tangga pada awal tahun hadapan.