,
Kaw

“Menang Kalah Adat Pertandingan.” - Alif Satar

Z. Nadzri
18/05/2017
04:00 MYT
“Tersenarai dalam Top 5 lima kategori dan berada dalam kelompok artis popular seperti Neelofa pun satu pengiktirafan yang sudah cukup bermakna buat saya jadi saya tidak kecewa atau terkilan gagal membawa pulang trofi pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 3.0 (ABPBH 3.0) ,” kata Alif Satar.Pertama kali tercalon ke top 5 selepas 11 tahun di dalam industri.
Pelakon, penyanyi dan pengacara terkenal itu bersyukur kerana itu adalah pencalonan pertamanya dalam anugerah berpretij sepanjang 11 tahun berkecimpung dalam industri seni tanah air.
“Saya percaya kelab peminat sudah berusaha yang terbaik untuk mengundi saya namun rezeki tidak berpihak kepada mereka. Saya akui ramai peminat terkilan apabila dapat tahu saya tidak menang satu kategori pun. Saya reda dengan apa yang sudah ditentukan.Masak dengan jatuh bangun anak seni.
“Mujurlah saya bukan orang baru dalam bidang ini jadi saya sudah masak dengan jatuh bangun sebagai anak seni,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!
Pelakon yang menempa nama menerusi drama Dia Semanis Honey itu mengakui tumpang gembira dengan kejayaan dua artis popular, Fattah Amin dan Khai Bahar pada malam itu.Tidak cemburu dengan kejayaan orang lain.
“Menang kalah adat pertandingan dan saya tidak cemburu dengan kemenangan Fattah dan Khai,” katanya.
Diminta mengulas dakwaan dirinya pulang awal kerana kecewa dengan kekalahan itu, Alif menafikannya.
“Saya terpaksa pulang awal kerana perlu menghadiri majlis pelancaran kafe yang diusahakan bersama keluarga pada keesokan paginya di Kota Kinabalu, Sabah,” katanya.Usahakan cafe bersama keluarga di Kota Kinabalu.
Pada malam kemuncak ABPBH 3.0 yangberlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam Ahad lalu, Alif dicalonkan dalam empat kategori utama iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular, Penyanyi Lelaki Popular, Artis Versatil Popular dan Pengacara TV Popular serta satu kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama bersama Siti Nordiana (Dia Semanis Honey).
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

Tiada Istilah ‘Bodek’, Along Kamaludin Selar Tindakan Selebriti Kutuk Fazura - “Dia Menyanyi Sampai Ke Indonesia, Yang Artis…”

gempak
10/11/2024
00:55 MYT
Pelakon dan pengarah Along Kamaludin tampil memberi teguran kepada segelintir pihak yang mengutuk selebriti terkenal Nur Fazura di laman sosial gara-gara nyanyiannya baru-baru ini di Indonesia.
Hiburan

'Duda Hot' Fattah Amin Masih Dominasi Carta GMW!

gempak
02/11/2024
03:00 MYT
'Duda terhangat di pasaran' Fattah Amin masih mendahului carta kategori Selebriti Trending selepas Anna Jobling, Meerqeen, Jazmy Juma dan Scha Elinnea.
Hiburan

Nora Danish Terpesona Dengan Kecantikan Siti Nurhaliza - “Tak Mekap Pun Dah Cantik…”

gempak
19/10/2024
16:00 MYT
Pelakon Nora Danish mengakui terpegun dengan kecantikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Hiburan

Pakai Topi Tertera Huruf ‘R’, Posting Aliff Aziz Curi Tumpuan Netizen

gempak
19/10/2024
03:58 MYT
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz meraih tumpuan apabila tampil memuat naik gambar memakai topi yang tertera huruf ‘R’
Hiburan

Neelofa Dedah Tak Pernah Beli Barang Dapur Guna Duit Sendiri - “Sewa Rumah, Bil Air & Api Semua Saya Tak Pernah Sentuh…”

gempak
18/10/2024
06:55 MYT
Pelakon dan usahawan, Neelofa berkongsi bahawa dirinya tidak pernah mengeluarkan wang untuk keperluan rumah sebaliknya perkara itu diuruskan oleh suaminya, Haris Ismail.
Unitar