Adik kepada penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza, Siti Sairah Tarudin mengumumkan dia kini sedang hamil.

Sairah berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik sekeping foto imbasan ultrasound menerusi akaun Instagramnya semalam.
Sairah dan suami tidak sabar tunggu kehadiran 'orang' baru.
"Second check up, wahai anak. Menantikan saat indah, walaupun hati debar," tulisnya.

Dalam pada itu, ruangan komen foto tersebut dihujani ucapan tahniah daripada pengikutnya.
Sairah berkongsi foto imbasan ultrasound.
Sairah mendirikan rumah tangga bersama Sharidan Johari pada 24 Februari lalu selepas bercerai dengan bekas suaminya pada 2014.

Menerusi perkahwinan pertama, Sairah dikurniakan tiga orang cahaya mata, Ummi Umairah, Ahmad Daiyan dan Ahmad Aisy.