KAW
“Menari Cara Sopan, Tak Adalah Terkinja-Kinja” – Hael Husaini Komen #HajatDanceChallenge
Penyanyi Hael Husaini akui tidak menyangka tarian yang diilhamkan daripada single terbarunya, Hajat menjadi ikutan ramai sehingga tular.
Menurut Hael, dia tidak berniat untuk menjadikan tarian itu sebagai satu cabaran sebaliknya hanya memuat naik video pendek sesi latihan tersebut atas pemintaan peminat.
“Sebenarnya saya tak buat tarian itu sebagai satu cabaran pun, tapi tak sangka ramai yang minta tunjuk ajar cara tarian itu.

“Jadi atas permintaan peminat, saya muat naik video yang merakamkan Sherry dan Dotty sedang melakukan latihan untuk tarian tersebut.
“Video itu saya muat naik di Instagram dan tak sangka pula jadi viral sehingga ada yang ikut sama menari tarian itu dan disertakan dengan hashtag #Hajatdancechallenge.
“Bila dapat tahu tarian itu popular, secara jujurnya saya rasa syukur kerana bukan sahaja orang enjoy dengan lagu tetapi juga tarian.
Sementara itu, berbicara mengenai lagu, Hael berharap agar karya-karya muzik tempatan lebih mendapat tempat di hati pendengar.
“Alhamdulillah, lagu saya diterima ramai. Bagi saya ini semuanya bergantung pada nasib. Kadang-kadang kita tidak tahu sama ada sesuatu lagu itu menjadi atau tidak.

“Jadi saya harap, kalau boleh kita lebih menghargai karya-karya muzik tempatan berbanding karya luar.
“Sebagai contoh andai kata ada selebriti lain ada buat cabaran, why not kita cuba beri sokongan pada orang Malaysia?
“Daripada lakukan keke challenge, mungkin kita boleh cuba cabaran yang dibuat oleh selebriti atau rakyat Malaysia. Mana tahu mungkin akan menjadi viral hingga ke negara luar,” ujarnya.