Gelagat bintang Big Stage, Andi Bernadee yang ketakutan gara-gara disakat dengan ular sawa jenis Ball Phyton oleh Syafiq Farhain menjadi perhatian netizen.

Beberapa hari lalu, Syafiq Farhain memuat naik rakaman gelagat Andi yang ketakutan di laman sosial Instagram (IG), pada ruangan Insta Storynya.

Video tersebut kemudiannya dimuat naik semula oleh Andi di IGnya tiga hari lalu dan telah menerima pelbagai reaksi peminat.
h

??

A post shared by Andi Bernadee (@andibernadee) on


Bercerita mengenai insiden melucukan tersebut, Andi berkata, ular sawa tersebut milik Afieq Shazwan yang juga bintang Big Stage.

“Saya tak tahu Afieq bawa haiwan peliharaannya itu ke kelas vokal, tetapi sebelum itu saya sudah dengar kawan-kawan lain menjerit.

“Tak sangka pula mereka takut bila melihat ular itu. Saya ingat mereka menjerit sebab nampak cicak atau lipas,” katanya.

Antara komen pengikut Andi di Instagram

Kata Andi, dia menjadi fobia dengan ular, selepas melalui satu insiden mencemaskan ketika berusia 12 tahun.

“Bayangkan, saya tidak sedar ular duduk di atas kepala ketika sedang mandi di air terjun bersama rakan-rakan. Saya ada rasa benda bergerak di atas kepala dan saya ingat ranting kayu.

"Tapi apabila kawan-kawan lain menjerit dan bagitahu ada ular atas kepala, terus saya tolak dengan tangan dan lari. Mujur tak kena patuk!

Gara-gara usikan Syafiq Farhain, Andi menjadi 'bahan' lawak kawan-kawan Big Stage

“Sebab itu bila Syafiq suakan ular itu kepada saya, saya menjerit ketakutan. Itu bukan dibuat-buat. Saya sendiri tak sedar yang saya menggeletik geli geleman.

“Tak tergambar perasaan saya waktu itu,” katanya ketika dihubungi Rojak Daily Kaw!

Tambah Andi lagi, akibat usikan Syafiq Farhain itu, sehingga hari ini dia menjadi bahan ejekan rakan-rakan lain.

Mengulas mengenai persiapan persembahan duetnya bersama Indah Ruhaila, Andi berkata, tugasan minggu ini agak berat buat dirinya.

Andi bertuah kerana Indah banyak membantu

“Saya agak tertekan kerana lagu Tak Pernah Hilang nyanyian Amylea dan Kaer itu rangenya agak besar.

“Tapi saya bersyukur kerana Indah Ruhaila banyak membantu. Kami juga sekepala, jadi tak susah nak cari keserasian,” katanya.

Tinggal sembilan lagi bintang yang akan meneruskan perjuangan dalam Big Stage iaitu, selepas Fara Hazel disingkirkan pada minggu lalu.

Sahabat Andi Bernadee di Big Stage

Minggu ketiga bertemakan 'cover sama-sama up' bakal menyaksikan kesemua bintang Big Stage berduet dengan artis popular seperti Ayda Jebat, Zizi Kirana, Ismail Izzani, Wany Hasrita, Indah Ruhaila, Shiha Zikir, Haqiem Rusli, Hael Husaini dan Ara Johari.

Bintang Big Stage yang tinggal ialah Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul, Syafiq Farhain, Baby Shima, Sissy Iman dan Wani Kayrie.

Program yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).