KAW
Mira Filzah Akhirnya Jadi Penyanyi, Aliff Aziz Lebih Sempurna
Selepas meraih sambutan positif peminat menerusi lagu "Jangan Ganggu Pacarku" yang mencatat lebih 2 juta tontonan di YouTube, Aliff Aziz kini tampil dengan single terbaru, "Sandar Padaku" duet bersama pelakon popular, Mira Filzah.
Menerusi lagu ciptaan Panji Sakti ini, lagu ini membawa penceritaan mengenai kisah cinta di antara dua anak muda yang memendam perasaan tetapi malu untuk meluahkannya dan diselubungi sifat ego. Mereka kemudian akur dengan kata hati dan mula membuka ruang untuk menerima kenyataan.
"Single ini hampir sama dengan kisah percintaan saya dengan isteri saya, Bella. Pada mula-mula kenal, kami malu dan susah untuk luahkan perasaan masing-masing tetapi memang dah dikatakan jodoh akhirnya kami disatukan sebagai suami isteri dan kehidupan saya kini lebih sempurna dan segalanya lebih teratur,” katanya dalam satu kenyataan daripada Sony Music Malaysia.
Tambahnya, bersandarkan lirik yang ringkas dengan melodi yang bersahaja, pihak Sony Music Malaysia juga yakin single ini mampu menarik perhatian setiap lapisan pendengar. Bagi Mira Filzah, mengakui berasa sangat teruja dengan pembikinan single terbaru ini.
“Saya sangat berpuas hati dengan terhasilnya single ini kerana mana yang mengikuti saya di Instagram tahu saya gemar menyanyi dan ini merupakan titik permulaan bagi sesuatu yang baru. Walaupun ada yang mengatakan saya menyampaikan lagu ini hanya secara minima tetapi saya berharap peminat di luar sana akan terhibur dengan dendangan yang saya sampaikan,” katanya.
Lagu "Sandarkan Padaku" boleh dimuat turun menerusi iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Raku, Spotify dan Yonder Music.
Must-Watch Video