Sebuah video di Instagam menunjukkan Kajol sedang menikmati makan tengaharinya bersama teman-teman telah mengundang rasa marah netizen apabila makanan tersebut didakwa daging lembu. Bagi masyarakat beragama Hindu,lembu adalah binatang suci dan tidak boleh dimakan.
Bagi Kajol, niatnya hanya untuk bergurau dan berkata akan memotong tangan temannya yang menyajikan daging lembu tersebut di meja makan. Tetapi netizen menggangap isu ini adalah sesuatu yang sensitif dan tidak boleh dijadikan bahan jenaka.
Advertisement
Akaun Instagram Kajol diserang oleh segala kecaman kerana menggangap Kajol menghina agama mereka namun ada juga yang menyokong pelakon kesayangan ramai ini. Akibatnya, Kajol telah memadam video tersebut di Instagramnya dan memberikan penjelasan di laman twitternya, Kajol Atun.
— Kajol (@KajolAtUN) May 1, 2017
Menurut Kajol, "Video saya dan teman-teman makan tengah hari dikatakan ada hidangan daging lembu. Itu adalah salah faham. Apa yang tersaji di meja adalah daging kerbau, dan daging itu boleh dimakan. Saya mengeluarkan penjelasan ini kerana ini adalah isu sensitif berkaitan soal sentimen agama dan ia bukan niat saya". Dengan penjelasan ini, Kajol berharap masalah tak lagi diperkatakan.