KAW
Mungkin 10 Artis Malaysia Ini Berpotensi Menang Anugerah Oscar Pertama!
Kejayaan 'Bapa Filem Melayu', Tan Sri P Ramlee di pentas antarabangsa khususnya di rantau Asia memang tiada tandingan. Mungkin tidak ramai yang tahu, beliau pernah meraih anugerah pertama, Pencipta Lagu Terbaik menerusi filem Hang Tuah arahan Phani Majumdar di Pesta Filem Asia ke-3 di Hong Kong. Begitu juga, beliau menjadi pelakon filem Melayu pertama menang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Asia menerusi filem Anakku Sazali pada Pesta Filem Asia ke-4 di Tokyo, Jepun. Malah, beliau meraih Anugerah Filem Komedi Terbaik Asia untuk filemnya, Pendekar Bujang Lapok ketika Pesta Filem Asia ke-6 berlangsung di Kuala Lumpur.
Sejurus itu, Pesta Filem Asia ke-10 di Tokyo mengiktiraf P Ramlee sebagai 'The Most Versatile Talent' iaitu artis serba boleh bersandarkan lakonannya dalam filem Ibu Mertuaku. Memang bukan calang artis boleh menang empat anugerah peringkat Asia. Kemenangan itu membuktikan beliau bukan hanya 'jaguh kampung' yang bangga dengan filem sendiri tetapi hebat di peringkat antarabangsa. Namun, selepas 44 tahun P Ramlee tiada di dunia, persoalannya apakah kita mempunyai calon yang mampu mengikuti jejak langkah Seniman Agung itu yang bukan saja gigih berkarya tetapi berjaya di peringkat antarabangsa?
Aktor kelahiran California, Amerika Syarikat, Mahershala Ali memberi kejutan menang anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Moonlight yang juga diangkat sebagai Filem Terbaik pada acara Anugerah Academy baru-baru ini. Apa yang menarik perhatian, aktor ini menjadi pelakon Muslim pertama menang anugerah Oscar. Mungkin kejayaan Mahershala memberi inspirasi pada pelakon Muslim lain termasuk artis tempatan kita untuk meraih peluang sama mencipta nama di dalam anugerah berprestij di peringkat antarabangsa.
Namun, peminat tertanya bila gamaknya giliran artis tempatan berpeluang menang anugerah Oscar? Sepertimana kita rakyat Malaysia pernah diperkenalkan dengan Wawasan 2020 dan kemudian Transformasi Nasional 2050 (TN50), industri perfileman tempatan juga menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) sepatutnya sudah mempunyai sasaran dan pelan jangka panjang untuk membawa filem dan pelakon tempatan bertanding di peringkat antrabangsa.
Kita mempunyai ramai pelakon berbakat sama ada senior atau baru. Berikut antara 10 pelakon tempatan pilihan Rojak Daily Kaw! yang pernah mencipta nama menang pelbagai anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa yang mungkin berpotensi menang anugerah Oscar suatu hari nanti.
1. Maya Karin

2. Shaheizy Sam

3. Bront Palarae

4. Zahiril Adzim

Zahiril Adzim berjaya meraih anugerah di Russia pada tahun lalu. (Gambar: zahiriladzim - Instagram)
Pelakon berusia 33 tahun ini mencipta kejayaan peribadi dalam kerjaya seninya ketika menang anugerah Pelakon Harapan Lelaki Terbaik untuk filem Kami The Movie pada FFM ke-22 pada tahun 2008. Dia lebih dikenali dengan watak Daim menerusi drama bersiri dan filem francais, Juvana akhirnya berjaya meraih pengiktifan antarabangsa menerusi filem Pekak terbitan Grand Brilliance dan Lightbulb Pictures menang Pelakon Lelaki Terbaik pada acara International Motivational Film Festival Bridge Of Arts 2016 (IMFF 2016) yang berlangsung di Russia pada Ogos tahun lalu. 5. June Lojong

Lakonan June Lojong menerusi filem Redha diiktiraf satu festival filem di Filipina . (Gambar: _nam_ron_ - Instagram)
Tidak ramai yang kenal atau menyedari June Lojong mempunyai potensi besar dalam bidang lakonan sehingga lakonannya menerusi filem Redha berjaya membawa tuah padanya menang anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Perdana Antarabangsa 2016 di Manila, Filipina. Kemenangan isteri pada pelakon Namron ini dinilai juri acara itu berdasarkan watak ibu penyayang yang membesarkan anak yang menghidap autisme. Sepertimana Redha berjaya menembusi pasaran filem luar negara sehingga bertanding untuk Anugerah Academy dan Golden Globe Awards pada tahun ini, June yang mempunyai wajah iras dengan pelakon Nadiya Nisaa juga mempunyai bakat seni sebagai pelakon yang boleh pergi jauh.6. Nam Ron

Nam Ron pernah menang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik sebanyak dua kali. (Gambar: _nam_ron_ - Instagram)
Wajahnya lebih sinonim dengan drama televisyen tetapi Nam Ron mempunyai 'aura' sebagai pelakon antarabangsa jika diberi peluang membintangi filem berskala besar. Lakonannya menerusi Redha membawa hasil apabila dia bersama Harith Haziq dan Izzy Zulkhazreef menang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Antarabangsa Kazan yang diadakan di Kazan, Russia pada September, tahun lalu. Nam Ron juga mencatat kejayaan yang sama pada acara Anugerah Skrin 2016.7. Puteri Balqis

8. Sharifah Amani

Sharifah Amani pernah menang anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada usia 20 tahun. (Gambar: Malay Mail Online)
Berpengalaman luas membintangi pelbagai drama bersiri, telefilem dan filem, pelakon Sharifah Amani mencipta kejayaan besar dalam karier seninya selepas menang anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada FFM ke-19 pada tahun 2006. Kejayaannya itu dinilai menerusi lakonan filem Gubra arahan Yasmin Ahmad dan menariknya, dia menjadi pemenang paling muda untuk anugerah itu pada usia 20 tahun. Dia juga pernah menang anugerah sama pada acara Anugerah Skrin 2010 menerusi filem Mualaf dan pada tahun 2014 dengan filem Psiko Pencuri Hati. Dari aspek lakonan di peringkat antarabangsa, dia pernah membintangi filem Redemption Night arahan Takato Hosoi pada tahun 2015 diikuti filem Asian Three Fold Mirrors 2016: Reflections menerusi Pigeon arahan Isao Yukisada. Mungkin jika ada karya yang sesuai kolaborasi antara produksi Malaysia dan Jepun membuka ruang baru pada pelakon tempatan di negara ini mencuba nasib menembusi pasaran antarabangsa seterusnya menyertai acara anugerah di peringkat global.9. Datuk Rosyam Nor

10. Afdlin Shauki

Must-Watch Video