KAW
Nabil Ahmad Buka Akaun Instagram Baru
Berita laman Instagram milik pelakon dan pengacara, Nabil Ahmad digodam telah kecoh sekitar pagi tadi. Akaun itu mula disedari telah digodam oleh isterinya pada petang semalam. "Akaun tersebut dijaga oleh Zira (isteri Nabil). Dia menyedarinya apabila tidak dapat memasukkan kata laluan dan menerima emel kata laluan akaun instagram kami telah ditukar," cerita Nabil ketika kami menghubunginya sebentar tadi.
Tambahnya lagi, dia cukup rungsing memikirkan apabila kehilangan 1.2 juta pengikutnya di akaun itu. "Bukannya apa, Instagram saya digunakan untuk pelbagai perkara termasuk komitmen terhadap urus niaga dengan pelanggan serta pengiklan. Bila jadi macam ini, saya terpaksa menanggung kerugian." Walaubagaimanapun, katanya dia masih dalam perbincangan dengan pihak klien tentang perkara ini.
Menurutnya lagi, laporan polis telah pun dibuat berhubung kejadian ini. "Nasihat saya kepada orang lain untuk mengelakkan dari perkara ini terjadi kepada mereka, tukar kata laluan laman sosial anda dengan menggunakan perkataan yang lebih panjang dan susah," sambung Nabil lagi.
Dia juga memohon peminat-peminatnya untuk mengikuti laman Instagram terbarunya iaitu @Nabilzira.
Salam semua ig lame dah kene hack boleh x tolong promote and follow ig baru ni tq guys ???? pic.twitter.com/Gu4JW0xhoG— Nabil Ahmad (@NabilAhmad83) September 21, 2016
Must-Watch Video