Skip to main content

Market Trends

Nabil Frust Tak Dapat Jumpa Ryan Gosling

nabil-red-carpet-01.jpg

Siapa yang tidak teruja dapat menjadi sebahagian daripada sejarah penganjuran Academy Award di Hollywood?

Sudah tentu Nabil Ahmad antara insan bertuah itu. 

Advertisement

Bukan hanya berpeluang merasai kemeriahan majlis berprestij itu, malah menerusi acara Red Carpet sebelum anugerah bermula beliau dapat berlaga bahu dengan wakil media dan hos dari seluruh dunia untuk tugasan menemubual selebriti tersohor.

Pelakon dan pengacara itu dipilih sebagai hos segmen Karpet Merah bagi Academy Award kali ke 89 yang kini berlangsung di Dolby Theatre di Hollywood, California.

"Syukur saya dapat bertentang mata dan mewawancara ramai artis termasuk Nicole Kidman, Salma Hayek, Denzel Washington, Emma Stone dan Datuk Jackie Chan yang melalui Red Carpet tadi.

"Cuma sayangnya saya tidak dapat bersemuka dengan Ryan Gosling yang nampaknya berjaya menyelinap masuk terus ke dewan utama tanpa disedari kami," katanya menerusi applikasi Skype bersama media termasuk Rojak Daily Kaw!.

Beliau yang tampak teruja mengadakan lintas langsung dari Hollywood ke Kuala Lumpur pada majlis tontonan eksklusif Academy Award anjuran HBO Asia, di sebuah hotel, di sini, pagi semalam.

Mengakui pengalaman dipertanggungjawabkan sebagai hos segmen berkenaan buat pertama kali dan bertugas menemubual bintang antara momen menakjubkan dalam kerjayanya.

"Biar apa pun, pengalaman ini menjadi perkara istimewa yang sangat bermakna buat saya. Saya berharap terpilih lagi ke sini tahun depan," katanya lagi yang turut berkongsi detik manis itu menerusi Instagramnya.

Sementara itu, majlis di Kuala Lumpur yang diadakan serentak dengan siaran eksklusif Oscar di saluran HBO dimulakan dengan acara Red Carpet yang diacarakan pelakon, Juliana Evans.

Antara selebriti yang menyerikan acara ialah Fahrin Ahmad, Hisyam Hamid, Emma Maembong, Amelia Henderson, Kamal Adli, Shahrol Shiro serta Daphne Iking.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video