Skip to main content

Market Trends

Nabil Mahu Lakukan Kejutan Di Oscar!

nabil-ahmad-01.jpg

Salute! Itu perkataan pertama buat pelawak dan pengacara popular Nabil Ahmad yang bakal terbang ke Los Angeles, Amerika Syarikat bagi menjalankan tugasnya mengacarakan acara karpet merah Anugerah Academy ke-89 di Los Angeles (LA), California, Amerika Syarikat, 27 Februari ini.

(Kredit Gambar: Instagram Nabil Ahmad @nabilzira)

Rojak Daily Kaw! bertanya kepada Nabil mengenai perancangannya ke negara Uncle Sam itu dan membawa misi untuk menembual artis Hollywood yang bakal melangkah kaki di karpet merah rancangan itu nanti. 

Advertisement

Akui excited, Nabil juga berkata beliau bercadang untuk melakukan kejutatan dan mencipta kenangan ketika di sana. Namun, beliau masih merahsiakan apa yang akan dilakukan. 

Kata Nabil, dirinya tahu cabaran utama ialah bukan senang untuk mendekati artis di sana yang pastinya di kawal ketat.

(Kredit Gambar: Instagram Nabil Ahmad @nabilzira)

"Saya memang seronok serta teruja, tetap gementar juga sebab ini adalah pengalaman pertama. Apapun saya mahu lakukan sesuatu.

"Saya kalau boleh memang mahu temui bintang filem La La Land dan kalau dapat mahu interview mereka. Kalau dapat. Doakan saya ya," katanya yang juga bakal menjadi pengacara pada malam kemuncak Anugerah Meletop Era 2017 bersama Neelofa.

Menurut Nabil, beliau turut membuat kajian mengenai semua filem dan pelakon yang dicalonkan kali ini bagi memastikan dirinya bersedia dengan sebarang kemungkinan.

(Kredit Gambar: Instagram Nabil Ahmad @nabilzira)

"Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memberikan yang terbaik kepada penonton. Saya akui gementar dan pada masa sama teruja untuk melakukan tugas ini. 

Apapun dari Rojak Daily Kaw! moga Nabil tidak buat hal di sana nanti dan berjaya memberikan sebuah kupasan yang menarik untuk tontonan di sini. Pesan kami, jangan bukan-bukan ya Nabil.

Sebelum ini, tugas yang digalas Nabil dikendalikan oleh pengacara hebat negara Datuk Aznil Nawawi.

Nabil bakal bersiaran secara langsung dari LA, khas untuk acara tontonan eksklusif Oscar di St Regis Kuala Lumpur. 

(Kredit Gambar: Instagram Nabil Ahmad @nabilzira)

Majlis itu akan turut dihadiri selebriti tempatan seperti Hisyam Hamid, Zarul Umbrella, Mark Adam, Wafiy, Jamal Jamaluddin, Akhmal Nazri, Raianna Abdul Rahman, Syazwan Zakariah dan Kamal Adli. 

Acara karpet merah Oscar akan turut bersiaran secara langsung di HBO saluran 431 dan Astro On The Go pada jam 8 pagi, diikuti majlis penganugerahan penuh gemilang itu pada jam 9 pagi, 27 Februari ini. 

Dikemudi pengacara Jimmy Kimmel, majlis anugerah terbabit bakal berlangsung dari Dolby Theatre di Hollywood & Highland Center, Hollywood.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video