Pelawak, pelakon dan pengacara televisyen terkenal, Nabil Ahmad bersama pelakon Sherry Al Hadad dipilih sebagai pengacara pada malam anugerah Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) yang akan berlangsung pada 3 September nanti.
Nama kedua pengacara itu diumumkan pada sidang media FFM28 yang diadakan di Kuala Lumpur, semalam. Mereka pernah digandingkan bersama pada acara yang sama pada tahun lalu.
Sementara itu, pelakon Sharifah Shahora pula digandingkan bersama Wan Syahrul Amry untuk mengacara malam perasmian yang disiarkan menerusi Youtube FFM28 dari Studio Sound Stage, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Hulu Klang, Selangor pada 1 September nanti.
Malam perasmian akan disiarkan bermula jam 8.30 malam manakala malam anugerah turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan Ria HD jam 9 malam.