KAW
Nabila Buat Gimik Bercinta Dengan Aedy Hanya Untuk Promosi Single
Percaturan gimik cinta Nabila Razali dan pelakon Aedy Ashraf yang tercetus dan tular baru baru ini hingga berakhir dengan perpisahan nampaknya mengena kerana ramai yang betul betul menyangka ia adalah paparan kisah sebenar hubungan cinta mereka.
Hakikat sebenarnya ia hanyalah rangka promosi single dan video muzik terbaru berjudul Pematah Hati hasil komposisi Hael Husaini dan Ezra Kong nyanyian penyanyi dan pelakon bertudung itu.

“Gimik itu nampaknya berkesan kerana ramai yang percaya. Saya lihat perancangan pengurusan dan pengarah video muzik, Storytellers mempromosikan lagu single itu berjaya.
“Sebenarnya saya dan Aedy hanya bekerjasama menjayakan klip video lagu berkenaan. Ia lebih kepada paksi profesional.
“Apa yang dilakukan hanya atas urusan kerja. Aedy sendiri sangat komited dalam merealisasikan watak sebagai “pematah hati,” kata Nabila yang ditemui Rojak Daily Kaw! pada majlis pelancaran single dan video muzik lagu itu hari ini di Red Box Plus, Pavilion.

Akui Nabila yang sebelum ini pernah mencipta nama bersama Alif Satar menerusi drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati, ia tidak menganggap gimik berkenaan sebagai murahan.
“Masing masing ada cara dan gimik tersendiri untuk mempromosikan sesuatu. Tak sangka “drama” saya dan Aedy menjadi. Aedy sendiri sedia maklum dengan hal ini.
“Awalnya saya tak rancang pun untuk muat naik gambar kami berdua. Oleh kerana gambar itu cantik saya memilih untuk memuat naik.

“Apabila hype itu menjadi, saya dan Aedy memilih untuk play along. Saya tak anggap ia gimik murahan malah ia ruang serta profil dunia lakonan,” katanya.
Mengenai Aedy sebagai pelakon utama video muzik itu, Nabila mengakui ia atas pilihannya sendiri.
“Dari awal lagi saya nampak hanya Aedy yang boleh merealisasikan watak pematah hati itu. Dengan perwatakan wajahnya yang nakal dan rambut panjang karakter itu cocok dengannya.
“Dia sendiri berjaya membawa watak itu dengan jayanya seperti apa yang saya inginkan,”katanya yang akan muncul dengan drama Matahari Cerah Lagi.

Pertengahan bulan ini, sensasi “percintaan” Nabila dan Aedy menjadi perhatian.
Kisah itu berlarutan apabila mereka dikatakan “putus cinta” apabila Nabila memuat naik video sedih luahan hatinya yang kononnya putus cinta di Instagram.
Dalam tempoh 24 jam video berkenaaan dipadamkan Nabila.
Peminat boleh menonton video muzik Pematah Hati hari ini menerusi saluran Youtube rasmi Seventeen Eleven Music.
Must-Watch Video