Skip to main content

Market Trends

Nadya Syahera Tetap Bersanding Walaupun Bertiga

nadya-syahera-mengandung-01.jpg

Walaupun pelakon drama Abang Bomba I Love You, Nadya Syahera  Rosli, 24, kini sedang hamil 7 bulan, namun dia dan suaminya, Fizul Nawi, 25, akan  tetap meneruskan rancangan mereka untuk bersanding selepas Nadya melahirkan anak sulung mereka yang dijangka pada April ini. 

Pasangan itu menikah pada 25 September 2016 selepas melalui perkenalan singkat menerusi laman sosial Facebook. Selepas berasa serasi antara satu sama lain, dengan izin kedua-dua belah keluarga mereka segera bernikah demi mengelak fitnah apabila sering keluar dan bercuti bersama-sama. 

“Nampak gayanya kami akan bersanding bertiga. Pada majlis kenduri dan persandingan itu nanti akan turut diadakan majlis cukur jambul,” kata Nadya.

Menurut pelakon itu lagi, menerusi imbasan yang dilakukan dia akan melahirkan bayi perempuan. Dia dan suami tidak mahu merahsiakan  jantina bayi mereka malah mereka suami isteri sendiri sangat teruja untuk mengetahui jantina zuriat sulung mereka itu. 

Bakal melahirkan cahayamata perempuan. (Kredit Gambar: Z.Nadzri)

“Tiada apa yang nak kami rahsiakan daripada peminat, apa yang penting saya dan bayi yang dikandung sihat. Pada awal kehamilan saya mengalami muntah-muntah, tidak boleh makan nasi dan ayam. Saya akan menggantikannya dengan mi, kue tiau atau roti. 

“Apabila kandungan masuk bulan keempat, alahan semakin kurang tetapi saya suka makan  aiskrim pula. Setiap hari mesti nak aiskrim, kalau tak dapat, rasa tidak senang duduk. Tak kisahlah apa jenis aiskrim pun,” katanya.

Nadya yang tinggal di Shah Alam akan bersalin di sebuah hospital swasta di sana. Dia akan dijaga ibunya yang datang dari Kedah dan turut mengupah bidan untuk menjaganya dan bayi.

Berbalik kepada rancangan untuk  mengadakan kenduri dan majlis bersanding, mereka akan mengadakannya pada 20 Mei ini di Kedah dan majlis di rumah orang tua Firus di Kelantan akan diadakan selepas Aidilfitri. Mereka sedang mencari tarikh yang sesuai.

 
Mahu adakan tiga majlis; di Kedah, Kelantan dan Kuala Lumpur. (Kredit Gambar: Z.Nadzri)

“Pada Julai pula, kami akan mengadakan majlis sama di Kuala Lumpur dengan  menjemput rakan artis dan kenalan kami yang tinggal dia ibu kota. Pastinya ketiga-tiga majlis itu akan menjadi kenangan yang amat istimewa kerana kami bersanding bertiga,” katanya. 

Dalam keadaan kandungannya yang semakin sarat, Nadya yang ditemui pada malam gala filem Syurga Yang Tak Dirindukan 2, kelihatan berseri-seri.

“Sebelum hamil saya malas nak ‘bersiap’ kecuali jika saya nak berlakon atau pergi ke acara hiburan tetapi sejak hamil, saya gemar bersolek. Kata orang tua-tua, kalau hamilkan anak perempuan, si ibu suka bergaya dan sebaliknya jika anak  dalam kandungan lelaki,” katanya sambil ketawa.  

Buat masa sekarang, Fatin berehat seketika daripada lakonan dan akan aktif semula bersalin. 

“Selepas Abang Bomba I Love You, saya berlakon teater dan membuat pengacaraan,” katanya.

Must-Watch Video