Pelakon yang pernah dihimpit kontroversi ekoran penemuan ganja dalam kereta miliknya tahun lalu, Nadzmi Adhwa nekad untuk menguruskan kerjaya seninya sendiri.

Meskipun kontraknya bersama syarikat pengurusan sebelum ini masih berbaki lima bulan, dia mengambil keputusan untuk menguruskan kerjaya sendiri.

Nadzmi kini sambung Sarjana dalam bidang Rekaan Grafik.

Bercerita lanjut, dia berkata, dirinya mengakui kontroversi itu banyak memberikan pengajaran kepada dirinya termasuk terpaksa berdepan denga situasi tidak menerima sebarang tawaran.

"Saya hampir mengalah dan putus asa bila tidak ada tawaran selama empat bulan. Saat itu memang sukar digambarkan sehingga saya terfikir untuk cuba bidang lain," katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Tampil dengan imej baru.

Dia mengakui peristiwa itu meninggalkan kesan hitam terhadap dirinya terutamanya apabila membabitkan nama keluarga. Lantaran, lelaki berusia 26 tahun yang mula dikenali menerusi drama Hati Perempuan itu enggan mengulangi kesilapan lampau dan sanggup memulakan kerjaya dari bawah apabila kembali menerima tawaran berlakon.

"Saya mahu berdikari dan memulakan kerjaya saya dengan sendiri. Saya percaya ada rezeki buat saya," katanya.

Nadzmi juga menyambung pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Rekaan Grafik.