Skip to main content

Market Trends

“Nak Berjoget Lentik Pun, Buat Dalam Rumah Depan Orang Yang Halal” – PU Amin

pu-amin.jpg
Semakin hari semakin ramai netizen di Malaysia menyahut cabaran melakukan #inmyfeelingschallenge (mengikut trend) dan perkara tersebut telah mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Amin.

PU Amin menerusi posting di laman sosial Facebook (FB) dan Instagram (IG)nya bertindak menegur netizen, khususnya kaum wanita yang menari di luar kereta semata-mata untuk menyahut cabaran #inmyfeelingschallenge atau #kekechallange.

Dalam tegurannya, PU Amin turut memetik ayat Al-Quran daripada surah An-Nisa yang mengangkat darjat kaum hawa, iaitu tentang memuliakan dan menghormati wanita.
 
 

Tadi aku terkesan bila aku nampak depan mata budak perempuan marah ngomel ngomel dengan bapak dia sebab bapak dia tak record betul betul masa dia tengah joget nak buat keke challenge ntanh pebende ntah. . Aku cuma nak cakap ingat dalam Al Quran ada Surah An Nisa , Surah yang Allah Swt buat khusus untuk memuliakan dan menghormati wanita . Nak menari berjoget lentik macam mana pun buat dalam rumah depan orang yang halal.. . Pesanan dan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh aku abang bebel. Adeh lepas satu satu budaya pamer maksiat ni wujud . Aku hanya mampu menegur sahaja . Kalau marah tak suka maknanya korang tengah makan cili . Babai Everybody ✌?Aku tegur bukan sebab aku ni budak skema baik soleh ya malaikat , tapi aku tak nak masyarakat buat benda pelik pelik yang tak ada manfaat.. . Nabi sabda : ‘Tinggalkan benda yang tidak bermanfaat’ . So korang sharelah nasihat aku kat FB sebab FB aku kena block lagi ni . #Jangan #Jadi #Pembaris

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on


Di ruangan komen FB dan IG PU Amin, majoriti pengikut memuji teguran membina tersebut termasuk memberikan pendapat orang kita terlalu cepat terpengaruh dengan trend yang bukan-bukan.

Mereka turut memuji keberanian PU Amin yang lantang memberikan pendapat serta berani mengkritik isu yang dirasakan tidak kena atau membawa impak negatif kepada masyarakat, terutama yang beragama Islam.

PU Amin...Lantang, tetapi kritikannya penuh manfaat

Seperti sudah menjangkakan entrinya bakal menjadi kontroversi dan kritikan netizen, peserta favourite PU 2015 itu daripada awal menulis di ruangan kapsyen bahawa dia menegur kerana tidak mahu masyarakat melakukan perkara tidak bermanfaat.

“Aku tegur bukan sebab aku ni budak skema baik soleh ya malaikat, tapi aku tak nak masyarakat buat benda pelik pelik yang tak ada manfaat.

“Sabda Nabi S.A.W; ‘Tinggalkan benda yang tidak bermanfaat’. So korang sharelah nasihat aku kat FB sebab FB aku kena block lagi ni,”
tulisnya.

Teguran PU Amin terhadap Safiey Illias menjadi kontroversi

Sebelum ini PU Amin pernah menegur usahawan kosmetik Safiey Illias yang berpakaian wanita dalam keadaan kurang sopan pada sebuah sesi fotografi. 
 

Must-Watch Video