Kaw

“Nak Kata Kami Bercinta Secara Tradisional Pun Boleh.” - Edlin

Mohamad Bakar
07/04/2017
21:51 MYT
Sponsor Banner
“Nak Kata Kami Bercinta Secara Tradisional Pun Boleh.” - Edlin
Dua tahun bercinta, Edlin, 33, yang pernah menyertai Akademi Fantasia musim kedua dan cinta hatinya, Nik Shahril Nik Ibrahim, 44 sepakat untuk melangsungkan pernikahan malam tadi.
Menanti saat penuh debaran.(Kredit Gambar: Mohamad Bakar)
Majlis pernikahan berlangsung di Grand Ballroom Hotel Mandarin Oriental. Dengan dua kali lafaz, pemilik nama penuh Edlin Abdul Rahim itu sah menjadi isteri kepada Nik Shahril.
Sah dengan dua kali lafaz.(Kredit Gambar: Mohamad Bakar)
Mereka dinikahkan bapa Edlin sendiri, Datuk Abdul Rahim Osman. Ia turut disaksikan Ustaz Mohd Radhi Abdul Ghani selaku Penolong Daftar Nikah, Masjid As-Syakirin, KLCC.
Nik Shahril menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300. Wang hantaran bagaimanapun dirahsiakan. Edlin menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas lima oleh Nik Shahril. Kedua pasangan ini juga tidak bertunang.
Kucupan dari ayah tercinta.(Kredit Gambar: Mohamad Bakar)
Cuma diadakan majlis merisik sekitar Mei tahun lalu. Hari ini mereka akan diraikan dalam satu majlis resepsi di hotel sama. 15 April nanti pula, majlis bertandang pengantin lelaki akan dilangsungkan. Rojak Daily Kaw! doakan semoga Edlin dan suami akan bahagia sampai ke syurga.
Salam restu sang isteri.(Kredit Gambar: Mohamad Bakar)
“Alhamdulillah jodoh kami kuat juga untuk disatukan sebagai pasangan. Harap ia akan kekal hingga ke jannah. Sepanjang bercinta, kami punya cara tidak seperti pasangan lain. Berjumpa dan berbual di telefon itu jarang sekali. Nak kata bercinta secara tradisional pun boleh rasanya. Tak apalah, nanti kami boleh cambahkan cinta selepas kahwin, Insya-Allah.
Kucupan kasih sang suami.(Kredit Gambar: Mohamad Bakar)
“Saya rasa cara kami ini nampak lebih ‘sweet’ dan istimewa,” katanya yang anggun dengan persalinan rekaaan Furzana Mokhtaza.
Edlin memberitahu dia dan suami juga belum sempat memikirkan destinasi berbulan madu.
Senyuman gembira di hari bahagia.(Kredit Gambar: Mohamad Bakar)
“Tunggu selesai dahulu semua majlis yang dirancang dan kemudian kami boleh fikirkan soal itu. Lagipun suami saya ini jenis ‘workholic’,” katanya yang akan menggayakan rekaan Rizalman pada majlis resepsi dan Cosry untuk bertandang.
Mengenai suami, Edlin menyifatkan insan yang bertakhta di hati itu cukup ringkas orangnya.
Gambar kenangan bersama ibu bapa masing-masing.(Kredit Gambar: Mohamad Bakar)
“Dia juga sangat memahami dan tak banyak cakap. Saya terpikat dengannya kerana dia sentiasa tersenyum. Kalau marah pun, dia masih mampu tersenyum. Selama kami rapat pun, jaranglah bertengkar dan bermasam muka. Harapnya sampai bila-bila pun, hubungan kami akan sebegini. Insya-Allah,” katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024