KAW
“Nama Secantik Baby” – Peminat Puji Norman Hakim Namakan Anak Mikayla Delisha Hakim
Pelakon Norman Hakim dan isterinya, Memey Suhaiza memilih nama Mikayla Delisha Hakim untuk anak ketiganya yang dilahirkan pada Khamis.
Menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya sebentar tadi, Norman memberitahu nama anak perempuannya itu membawa maksud pemberian Allah, gembira dan membuat orang lain gembira serta arif bijaksana.
“Assalamualaikum hai salam Jumaat semua! Papa, mummy dah bagi kita nama tau! Name kita kan.. Nama kita kan. Ihim… Ihim… dengan izin Allah kita... name kita kannn...

“MIKAYLA DELISHA HAKIM tauuu! Papa, mummy cakap maksud name kita tu macam kat bawah tau.
“MIKAYLA: Pemberian Allah, DELISHA: Gembira dan Membuat Orang lain Gembira, HAKIM: Arif Bijaksana.

“Ingat name kita tau dalam doa-doa atuk, nenek, acik, akak, abang semua dan follow ig kita yang mummy papa buat kan kat @mikayladelishahakim okey. Terima kasih! Sayang cemuaaa!,” tulisnya.
Sama seperti selebriti lain, pasangan Norman dan Memey juga turut mewujudkan akaun IG anaknya @mikayladelishahakim dengan memuat naik foto pertamanya hari ini.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memuji keindahan nama anak aktor tersebut.A post shared by MikaylaDelishaHakim (@mikayladelishahakim) on
Mereka juga mendoakan agar Mikayla membesar dengan sihat selain mengucapkan selamat berpantang kepada Memey.
Must-Watch Video