Semalam, lagenda tinju FIlipina, Manny Pacquiao dinobatkan sebagai juara welterweight Persatuan Tinju Dunia (WBA).

Pacquiao, 39, menewaskan pencabarnya dari Australia apabila menamatkan pertarungan penuh mendebarkan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada pusingan ketujuh. Ia merupakan kemenangan ke-60 petinju Filipina itu.

Satu lagi perkara menarik mengenai kemenangan kali ini, Pacquiao turut mengumumkan berita baik buat sukan tinju di Malaysia.

Pacquiao menyatakan beliau akan menyumbangkan peralatan digunakannya semasa latihan untuk ‘Fight of the Champions' kepada kerajaan Malaysia. Menurutnya sumbangan ikhlas itu adalah bagi mempromosi dan menggalakkan perkembangan tinju di negara ini.

Bersama Menteri Belia dan Sukan.
“Saya sudah pun berbincang dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Kesemua peralatan yang digunakan sepanjang latihan di Kuala Lumpur kita akan dermakan.

“Malah kita juga berbincang untuk mempromosi tinju di Malaysia,” katanya menerusi Mstar.

Pacquiao turut menyatakan terima kasih kepada Malaysia atas kemudahan diterimanya di Kuala Lumpur.

Good meal before heading to the arena. #PacquiaoMatthysse

A post shared by Manny Pacquiao (@mannypacquiao) on


Pacquia yang turut digelar ‘The Pacman' mengharapkan ia bukan pertarungan terakhir di Malaysia.