Kaw

“Nampak Pendiam Tapi Dia Kelakar” - Aisya Hasnaa

Mohamad Bakar
09/12/2017
19:41 MYT
Sehari selepas Abam Bocey bernikah dengan pilihan hatinya, Siti Nurhidayah Mohd Ali, dua lagi artis mengikuti jejak sama melangsungkan hari bahagia mereka.
Penyanyi dan pengacara Aisya Hasnaa juga mendakap bahagia dengan pasangannya apabila bernikah pada pagi Sabtu.
Aisya melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hatinya, Muhammad Yasir Azizan, 29, di Surau Al Barakah, Menara Bank Rakyat kira-kira jam 10 pagi. Pasangan berkenaan dinikahkan Imam Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar, Ustaz Haji Mohd Azri Ahmad Kamil Al Hafiz.Kenalan lama.
Pada majlis itu, Aisya atau nama sebenarnya Aisyah Hasnaa Umaruddin menerima RM300 sebagai mas kahwin, selain wang hantaran RM15,000 dan lima dulang hantaran, manakala pengantin perempuan membalas dengan tujuh dulang.Bertunang 2 September lalu.
Menurut Aisya yang kali terakhir muncul di layar perak menerusi filem Kau Takdirku, mereka sebenarnya serius menjalinkan hubungan pada tahun ini. Selepas lima bulan akrab, mereka nekad melangsungkan pertunangan pada 2 September lalu.
“Tapi kalau nak dikira lebih tepat, kami kenal sudah lama ketika di sekolah menengah lagi. Dia kenal saya sejak saya di tingkatan satu lagi. Tapi lucunya, dia bukan circle of friend saya.Akrab sejak lima bulan lalu.
“Saya lebih berkawan dengan kawan-kawannya berbanding dia. Saya ini jenis gila-gila, dia pula ketika kami di bangku sekolah sangat pendiam. Dipendekkan cerita, kakak saya dan kawan kami cuba ‘menjodohkan’ saya serta dia. Sejak beberapa bulan lalu, kami cuba mengenali antara satu sama lain.Suami yang nampak pendiam tapi kelakar.
“Lebih mengejutkan, dia sebenarnya sangat kelakar orangnya. Ibaratnya dia macam saya tetapi versi lelaki selepas kami berkenalan semula. Jadi sesuailah ibaratnya dua kepala gila-gila bertemu. Malah dari awal kami keluar dating lagi, dia sudah mula menunjukkan sisi sebenarnya yang selama ini saya lihat hanya pendiam,” katanya mengimbas cerita mengenai pertemuan dengan Yasir.Berdoa menjadi isteri yang baik.
Mengenai statusnya kini, Aisya berharap perkahwinan yang bina akan mekar bahagia sampai bila-bila.
“Saya harap akan menjadi isteri yang terbaik buatnya,” katanya.
Sehari selepas bernikah, mereka diraikan dalam satu majlis resepsi ibu kota.
Related Topics
Must-Watch Video
Laman Utama

“Dating Pakai Topi Tak Nak Orang Cam” - Akhirnya Disatukan, Harris Annuar & Asha Merican Berbulan Madu Di Switzerland

gempak
13/06/2022
03:21 MYT
Till jannah guys.
Laman Utama

“Cantik, Sopan, Naik Seri” - Tema Baju Kurung Kedah, Majlis Berinai Elisya Sandha Terima Pujian Netizen

gempak
23/08/2021
03:49 MYT
Berserinya pengantin baru!
Laman Utama

Syamel & Ernie Zakri Umum Tarikh Nikah, Bakal Disatukan Pagi Esok

gempak
25/03/2021
13:59 MYT
Till Jannah Syamel & Ernie!
Laman Utama

Muat Naik Foto Di Sabah Dengan #Honeymoon, Risteena Jawab Tuduhan Rentas Negeri Berbulan Madu

gempak
22/03/2021
15:53 MYT
Romantiknya pasangan ni!
Laman Utama

“Gambar Pre-Wedding Ke Ni?” - Minta Doa Yang Baik-Baik, Zulin Aziz ‘Belanja’ Foto Kekasih Hati?

gempak
22/03/2021
05:17 MYT
Sama cantik, sama padan.