KAW
Nizen Ayob Meninggal Dunia, Hidapi Masalah Buah Pinggang
Pelakon drama bersiri Gerak Khas, Nizen Ayob disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.55 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pagi tadi.
Menurut laporan mStar Online, pelakon Salina Saibi memberitahu doktor mengesahkan Allahyarham meninggal dunia akibat kegagalan fungsi buah pinggang.
"Saya dimaklumkan oleh kakak ipar arwah, doktor telah mengesahkan Nizen meninggal dunia kerana masalah buah pinggang.
"Jenazahnya akan dimandi dan dikafankan di hospital sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor," katanya.
Dalam pada itu, berita sedih itu juga dikongsi oleh pelakon Sheera Iskandar menerusi akaun Instagramnya.
"Innalillahiwainailaihirojiun. Sahabat kami Nizen Ayob baru sahaja pergi menghadap Illahi.
“Mohon doa dari semua moga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
"Semoga kau tenang di sana Nizen. Al Fatihah," tulis Sheera.
Allahyarham sebelum ini pernah mendedahkan dirinya telah disihir oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Allahyarham membuat pendedahan tersebut menerusi akaun Instagramnya dengan memuat naik foto sebatang paku berkarat dan objek hitam yang tidak dapat dikenal pasti selain kecederaan di dahinya ketika berubat.
Nizen juga pernah mendapatkan rawatan perubatan Islam untuk merawat penyakit misteri yang dihidapinya pada awal Mei tahun lalu.
Objek serupa dan beberapa batang paku berkarat didakwa telah dikeluarkan daripada badannya.
Sumber: mStar Online