Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
KAW

Nor Ahmet Al-Reaggan, Uniknya Nama Anak Kelima Rebecca Nur Al Islam

Mya Amri 10/08/2018 | 02:55 MYT
Nor Ahmet Al-Reaggan...Unik sungguh nama anak kelima pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam yang dilahirkan pada 18 Julai lalu.
Dilahirkan seberat kira-kira 3.3 kilogram di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, Rebecca berharap anak kelimanya ini membesar dengan sihat.
Rebecca juga turut memberitahu maksud nama unik yang dipilih oleh olehnya menerusi akaun Instagram yang dibuat khas untuk anak lelakinya itu.
“AR~ Gabungan nama papa dan mummy saya ‘Azam Rebecca’ dan korang boleh panggil saya Ahmet Reaggan.
Comel anak kelima Rebecca.
“Ini makna nama saya, ️NOR- cahaya, AHMET - sangat pantas dipuji/success. AL-REAGGAN- sangat kuat/raja muda/rajin/bekerja keras dan unik.
“InshaAllah dengan bantuan dari yang maha ESA, saya akan kuat dan dijauhKan dari segala penyakit dan ingin menjadi anak yang soleh untuk my mummy and my papa, Ameen #diLahirkan #180718 #18072018 #ARjunior #ARjunior2018,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata pengikutnya memuji keindahan nama anak Rebecca selain mempunyai maksud yang mendalam.
#Selebriti #Selebriti