Skip to main content

Market Trends

Ola Bola Raih Tiga Anugerah FFM28

ffm28olabola.jpg
Filem box-office, Ola Bola terbitan Astro Shaw berjaya meraih tiga anugerah pada malam perasmian Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) yang berlangsung di Studio Sound Stage, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), malam tadi.

Tiga trofi itu diterima menerusi kategori Pereka Kostum/Busana Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik dan Lagu Tema Asal Terbaik. Pada majlis itu, 10 kategori dipertandingkan termasuk Kesan Visual Khas Terbaik dimenangi Yusry Abdul Halim menerusi filem Cicakman 3, Penataan Seni Terbaik (Huat The Fish), Penataan Bunyi Terbaik (Munafik), Filem Animasi Pendek Terbaik (Ejen Ali) dan Filem Pendek Terbaik (RM10).


{^widget|(name)statictextWidget|(text)Anugerah+Penggiat+Belakang+Tabir+diberikan+kepada+Mohd+Noor+Tagaya.+(Gambar%3a+ffm28official+-+Instagram)|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Merujuk senarai keputusan FFM28 di Facebook, Finas Malaysia menyatakan Anugerah Penggiat Belakang Tabir pula diberikan kepada Mohd Noor Tagaya manakala Filem Dokumentari Terbaik dimenangi Boat People.

{^widget|(name)statictextWidget|(text)Barisan+pemenang+anugerah+pada+malam+perasmian+Festival+Filem+Malaysia+ke-28+(FFM28)%2c+malam+tadi.+(Gambar%3a+ffm28official)+|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Majlis ini dihoskan Sharifah Shahora bersama Wan Shahrul Amry dan diserikan dengan persembahan Datuk Hattan, Adira, Elyana, Hazama dan kumpulan Votez.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video