Ia kedengaran janggal apabila orang cacat penglihatan menonton wayang di pawagam. Namun, impian itu direalsasikan Cici Suciati yang merupakan pengasas Pawagam Bisik menyediakan kemudahan pada golongan orang kurang upaya (OKU) ini berhibur dengan menikmati filem di pawagam.
Meskipun golongan istimewa ini tidak dapat melihat secara visual, mereka masih boleh berhibur dengan mendengar bunyi audio filem itu dan paling penting, seseorang berbisik di sebelahnya menceritakan setiap adegan yang dipertontonkan.
"Mereka memang tidak mampu melihat tetapi daripada dialog, mereka boleh memahami ceritanya. Rakan yang menjadi 'pembisik' diperlukan untuk menggambarkan deskripsi dari visual di layar pada fikiran golongan ini," kata Cici kepada detikHot.
Tambahnya, ramai daripada golongan ini datang dari luar Jakarta seperti Bekasi dan Depok termasuk menaiki pengangkutan awam. Cici juga menyatakan tidak ramai pihak yang tahu sebenarnya golongan OKU ini mempunyai hak yang sama untuk menikmati filem di pawagam sama seperti manusia sempurna lain.
Reuters juga melaporkan, Cici meletakkan kebanyakan filem tempatan di 50 pawagam di kawasan bandar Indonesia manakala sukarelawan yang menjadi 'pembisik' turut serta menerusi laman sosial.