KAW
“Pakai Barang Fake Jadi Isu, Tapi ‘Rembat’ Laki Orang Macam Takde Hal Je...” – Zarina Anjoulie
Selebriti yang terkenal dengan kelantangannya, Zarina Anjoulie, memuat naik posting mengenai artis dan barangan palsu.
Menerusi posting tersebut, Zarina memuji golongan artis yang mempunyai prinsip untuk tidak membeli dan menyokong barangan palsu.
“Baca artis-artis ni komen pasal fake items...Bagus prinsip diaorang, kalau tak ada duit jangan beli. Alangkah bagus kalau mereka guna pakai prinsip yang sama untuk; kalau orang tu dah berpunya jangan usik”, tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut bersetuju dengan Zarina dan mengecam sesetengah golongan artis yang juga perampas suami orang.
Ada juga pengikut yang meminta Zarina ‘menyebut’ nama artis yang pernah merampas suami orang di ruangan komen.

Minggu lalu, sebuah akaun Instagram menggunakan nama @streetwearbustamy mendedahkan beberapa selebriti menggayakan barangan jenama tiruan ketika menghadiri majlis dan menerusi foto yang dimuat naik di laman sosial mereka.
Antara selebriti tempatan serta influencers yang didakwa @streetwearbustamy menggunakan barangan tiruan ialah Syed Syafiq, Fathia Latiff, Ismail Izzani, Emma Maembong, Aiman Tino, Zoey Rahman, Janna Nick, Fara Mandoza, Haqiem Rusli dan Ara Johari.

Zarina Anjoulie juga menjadi mangsa pemilik akan tersebut kerana t-shirt tiruan berjenama Gucci yang dipakainya.
Bagaimanapun, laman Instagram @streetwearbustamy kini berubah menjadi akaun private dan tidak lagi unprivate, selain mempunyai sebuah lagi akaun sokongan menggunakan nama @streetwearbustmy.

Terdahulu, pemilik akaun @streetwearbustamy mendakwa akaun tersebut diwujudkan kerana tidak mahu penggunaan barangan palsu berleluasa.
Salah satu caranya ialah dengan menghentikan individu-individu berpengaruh Malaysia daripada terus memakainya.

Ada betulnya juga, kerana influencers dan selebriti sering menjadi ikutan para pengikut mereka. Orang kata, kalau melentur buluh, biar dari rebungnya. Ya tak?
Must-Watch Video