KAW

“Pakai Barang Fake Jadi Isu, Tapi ‘Rembat’ Laki Orang Macam Takde Hal Je...” – Zarina Anjoulie

Fiza Kamarudin 02/08/2018 | 04:34 MYT
Selebriti yang terkenal dengan kelantangannya, Zarina Anjoulie, memuat naik posting mengenai artis dan barangan palsu.
Menerusi posting tersebut, Zarina memuji golongan artis yang mempunyai prinsip untuk tidak membeli dan menyokong barangan palsu.
“Baca artis-artis ni komen pasal fake items...Bagus prinsip diaorang, kalau tak ada duit jangan beli. Alangkah bagus kalau mereka guna pakai prinsip yang sama untuk; kalau orang tu dah berpunya jangan usik”, tulisnya.
Posting Zarina Anjoulie yang mendapat perhatian ribuan pengikut selepas satu jam dimuat naik
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut bersetuju dengan Zarina dan mengecam sesetengah golongan artis yang juga perampas suami orang.
Ada juga pengikut yang meminta Zarina ‘menyebut’ nama artis yang pernah merampas suami orang di ruangan komen.
Zarina bersama Fatiya Latiff (kanan) yang didakwa menggayakan beg berjenama Supreme tiruan
Minggu lalu, sebuah akaun Instagram menggunakan nama @streetwearbustamy mendedahkan beberapa selebriti menggayakan barangan jenama tiruan ketika menghadiri majlis dan menerusi foto yang dimuat naik di laman sosial mereka.
Antara selebriti tempatan serta influencers yang didakwa @streetwearbustamy menggunakan barangan tiruan ialah Syed Syafiq, Fathia Latiff, Ismail Izzani, Emma Maembong, Aiman Tino, Zoey Rahman, Janna Nick, Fara Mandoza, Haqiem Rusli dan Ara Johari.
Zarina Anjoulie (kanan) dikecam kerana mempromosikan barangan berjenama tiruan
Zarina Anjoulie juga menjadi mangsa pemilik akan tersebut kerana t-shirt tiruan berjenama Gucci yang dipakainya.
Bagaimanapun, laman Instagram @streetwearbustamy kini berubah menjadi akaun private dan tidak lagi unprivate, selain mempunyai sebuah lagi akaun sokongan menggunakan nama @streetwearbustmy.
Akaun sokongan menggunakan nama @streetwearbustmy
Terdahulu, pemilik akaun @streetwearbustamy mendakwa akaun tersebut diwujudkan kerana tidak mahu penggunaan barangan palsu berleluasa.
Salah satu caranya ialah dengan menghentikan individu-individu berpengaruh Malaysia daripada terus memakainya.
Ada betulnya juga, kerana influencers dan selebriti sering menjadi ikutan para pengikut mereka. Orang kata, kalau melentur buluh, biar dari rebungnya. Ya tak?
#Selebriti #Selebriti