Pelakon Sherry Ibrahim mendedahkan pejabat jualan online Sherry Scarves miliknya telah dipecah masuk pencuri semalam.

Menurut Sherry sebanyak sembilan biji telefon bimbit hilang dikebas oleh pencuri tersebut.
Sherry memaklumkan berita itu menerusi akaun Instagramnya hari ini.
Sherry terkejut pejabat dipecah masuk.
“Assalamualaikum semua. Mohon Sebarkan, Semalam 14 Mei 2018 pejabat jualan online Sherry Scarves di Gombak telah di masuki PENCURI dan 9 biji telefon bimbit telah di curi.

“Telefon bimbit tersebut sangat penting kerana memililki simpanan data pelanggan yang kami usahakan selama ini,” tulisnya.
Sherry mohon jasa baik peminat.
Dalam pada itu, Sherry juga memuat naik imej suspek yang dirakam menerusi Kemera Litar tertutup (CCTV) di premis perniagaannya.

Tambaha Sherry lagi laporan polis telah dibuat dan mendapati individu itu juga mempunyai rekod buruk yang lain.
Dedah dikehendaki.
“Record CCTV telah merakam lelaki ini memasuki pejabat dan melarikan telefon bimbit tersebut. Kami mengharapkan bantuan anda semua mudah2an dapat di tangkap atau suspek menyerah diri memulangkan telefon bimbit berkenaan.

"Suspek juga memang ada banyak kes2 lain sebelum ini. Laporan Polis telah di buat. Bagi yang mempunyai maklumat boleh whatsapp En. Zali - 016 411 4020. Terima kasih atas bantuan semua & please share,” tulisnya.