Pelakon baru, Wan Ariff, 29, bakal bernikah dengan penerbit popular Datuk A Aida pada Sabtu ini.

Majlis pernikahan pelakon Misteri Wan Peah itu bakal berlangsung di sebuah hotel di Subang Jaya, pukul 8 malam.

Jemputan perkahwinan A Aida & Wan Ariff sudah mula diedarkan

Gosip percintaan A Aida dengan Wan Ariff atau nama sebenarnya Wan Ariff Aziz mula bertebaran pada Ramadan lalu sehinggalah dilamar pelakon muda itu pada 5 Julai lalu.

Wan Ariff melamar A Aida di sebuah restoran Arab di Kampung Baru dengan menyarungkan sebentuk cincin Solitaire bertatahkan berlian sebagai tanda lamaran sambil diiringi petikan gitar.

Menghitung hari...Wan Ariff & A Aida menanti detik bahagia

Kedua-dua pasangan ini saling mengenali tiga tahun lalu dan mula rapat sejak bulan Mei apabila Ariff terlibat dalam filem terbaharu terbitan A. Aida Productions, Ratu Kala Jengking : Puteri Keranda.

Aida sebelum ini pernah berkahwin tiga kali termasuklah dengan vokalis kumpulan Spring, Ameng dan memiliki tiga orang anak melalui dua perkahwinan.