Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
KAW

Pelakon Veteran Osman Zailani Meninggal Dunia

Alexander Hadreez Jr 05/07/2017 | 05:05 MYT
Pelakon veteran, Osman Zailani meninggal dunia pada jam 9.30 malam tadi di Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) di Singapura, pada usia 85 tahun.

Berita sedih itu dikongsi cucu Allahyarham, penyanyi Hady Mirza menerusi laman Facebooknya.

"Salam semua. Datuk saya sudah kembali ke Rahmatullah pada jam 9.30 malam tadi di KTPH. Mohon sedekahkan al-Fatihah (kepada Allahyarham Mohammad Kechut aka Osman Zailani),"tulis Hady dalam statusnya.

Bagaimanapun, Hady tidak menyebut punca kematian datuknya itu.

Jenazah Osman dibawa pulang dari hospital ke kediaman Allahyarham di Yishun dan dijangka dikebumikan selepas solat Zohor hari ini.

Allahyarham pernah mewarnai industri seni Singapura dan Malaysia menerusi drama dan filem antaranya PJ Holdings, Sesejuk Air Mata Ibu dan Suratan Kasih.

#Meninggal Dunia #Meninggal Dunia