Suami pelakon Anzalna Nazir menjadi perhatian selepas seorang peminat terserempak dengan Mohamad Hanif Mohamad Zaki ketika dia menjadi imam di sebuah surau.
Peminat tersebut kemudiannya menyampaikan berita itu kepada Anzalna menerusi ruangan komen di Instagram aktres berkenaan.

“Last week terserempak dengan suami awak di surau Pavillion, suami saya cakap suami awak jadi imam semasa mereka solat,” tulisnya.
Komen tersebut kemudiannya dimuat naik Anzalna menerusi posting terbaru di Instagramnya.
Kata Anzalna dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang baik.
“Sememangnya @hanif_zaki seorang suami yang baik. Alhamdulillah. Anzalna doakan semoga kebahagiaan hak milik kita semua kerana, dirimu begitu berharga!” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen entri tersebut rata-rata peminat memberikan pujian terhadap sikap dan keperibadian suami Anzalna.
Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md Nasir, sah bergelar isteri kepada Mohamad Hanif Mohamad Zaki pada 21 Februari 2016.

“Kadang-kadang kita tidak tahu apa yang pasangan buat dibelakang kita. Tetapi jangan risau, sebab ada orang yang akan menyampaikan! Thank you @hananiezakaria.