KAW
Pengorbanan Bapa Dalam Bisik Pada Langit
Pengorbanan dan kasih sayang seorang bapa terhadap anak menjadi kekuatan mesej filem televisyen (FTV) terbaru berjudul Bisik Pada Langit arahan Kabir Bhatia. Menariknya, cerita ini menggandingkan lakonan mantap Jalil Hamid sebagai pelakon utama bersama Ummi Nazeera (anak), Beto Kusyairi (abang) dan Fadilah Mansor (ibu).
Ia membawa kisah kekeluargaan yang diselitkan elemen persahabatan, cinta dan ketentuan takdir. Plot memberi fokus pada pengorbanan Wak Selamat lakonan Jalil sebagai seorang bapa yang begitu menyayangi anaknya, Siti Hajar, sehingga sanggup menunaikan segala kehendak puterinya itu. Abang Siti Hajar iaitu Zaidi (Beto) dan adiknya, Ikram (Naim Daniel) juga sanggup berkorban untuk memastikan Siti Hajar melanjutkan pelajaran ke Perth, Australia tercapai.

“Kami turut yakin, keserasian dan persembahan mantap yang dicetuskan oleh kedua-dua watak utama yang diterajui Jalil Hamid dan Ummi Nazeera ini bakal memberi impak tambahan kepada filem ini dan ia sudah pasti mampu meraih hati para penggemar filem-filem tempatan yang sentiasa dahagakan pembaharuan dalam sesebuah penerbitan.
"Pada masa yang sama, kehebatan barisan pelakon lain yang dilihat berjaya menjiwai watak-watak yang digalas ternyata berjaya memberikan efek lebih maksimum kepada karya ini. Tahniah diucapkan kepada Kabir Bhatia dan barisan produksi Bisik Pada Langit di atas kejayaan menzahirkan sebuah naskah sehebat ini”, katanya dalam satu kenyataan media.

Must-Watch Video