Selepas meningkat populariti menerusi drama bersiri, Lambaian Ramadan, Siti Elizad Mohd Sharifuddin kembali mencuit hati penonton menerusi lakonan drama bersiri terbaru, Si Kolot Suamiku yang kini disiarkan di Astro Ria.

Dalam drama adaptasi novel terbitan MIG Production ini, Siti Elizad sekali lagi mencuri perhatian penonton dengan aksi lakonannya yang selamba dan menghiburkan. Dia yang bergandingan dengan Amar Bahrin kali ini menjiwai watak anak orang kaya, Tengku Nur Edrina yang mempunyai ego tinggi kemudian berkahwin dengan pemuda kampung.


{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Gandingan+Siti+Elizad+bersama+Amar+Bahrin+menerusi+drama+bersiri%2c+Si+Kolot+Suamiku+berjaya+menghiburkan+ramai+penonton.+(Gambar%3a+migonline+-+Instagram)|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Nyata, lakonan bersahaja kedua pelakon ini berjaya menghiburkan penonton termasuk peminat yang memberikan komen positif terhadap lakonannya. Peminat bukan sekadar memuji lakonan Siti Elizad kali ini yang disifatkan kelakar tetapi ada yang mengatakan mereka boleh jadi gila jika terlepas satu episod drama ini.

Ia disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap Isnin sehingga Khamis jam 10 malam.