Industri filem tanahair bakal digemparkan dengan sebuah lagi filem aksi kepolisan 'KL Special Force' yang akan menjengah pawagam seluruh Malaysia pada 8 Mac 2018 ini. Filem terbitan Skop Productions, Damofa Productions dan Viper Studios ini membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Syamsul Yusof, Fattah Amin, Tania Hudson, Puteri Balqis, Mahmud Ali Bashah, Esma Denial, Sabrina Ali dan ramai lagi.

Filem arahan Syafiq Yusof ini berkisarkan tentang sekumpulan unit khas PDRM yang diketuai oleh Roslan (Datuk Rosyam Nor), berusaha untuk menjatuhkan sekumpulan perompak yang diketuai oleh Asyraff (Syamsul Yusof). Seorang anggota polis muda bernama Zul (Fattah Amin) yang berjiwa besar diserapkan ke dalam unit khas PDRM untuk membantu Roslan menyelesaikan kes berkenaan tetapi situasi menjadi bertambah rumit apabila ketua perompak, Asyraff mula memanipulasi perasaan, minda dan syakwasangka di antara Roslan dan Zul.

Kami ingin mengajak 25 pasangan untuk menjadi yang pertama menonton filem KL Special Force sehari sebelum ditayangkan di pawagam.

Tayangan KL Special Force

Tarikh: 7 Mac 2018 (Rabu)

Masa: 7 malam (ambil tiket) dan 8 malam (tayangan bermula)

Tempat: Cineplexes e@Curve Mutiara Damansara

Cara untuk memenangi tiket eksklusif ini senang sahaja. Anda hanya perlu menjawab dua soalan mudah ini beserta satu slogan dengan kreatif dan anda berpeluang memenangi 2 keping tiket untuk ke tayangan eksklusif KL Special Force. Selamat berjaya!

{^widget|(bizformname)KLSpecialForce|(widget_displayname)On-line+form|(name)BizForm|(width)|(height)^}

Setiap pemenang akan memenangi:Pemenang akan diumumkan menerusi email pada 6 Mac 2018, jangan lupa untuk semak email anda. (Semak juga bahagian 'spam')

Terma dan syarat:
- Tarikh tutup: 5 Mac 2018 (Isnin).
- Peraduan ini terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
- Keputusan adalah muktamad. Sebarang pertanyaan tidak akan dilayan.
- Pemenang akan diberitahu melalui email/telefon.
- Maklumat yang diberikan adalah hak milik
MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd dan mungkin akan digunakan untuk tujuan pemasaran.