Hasrat Indah Ruhaila, 29, mahu melangsungkan majlis pernikahannya dengan lelaki yang dikenali sebagai Mr R, Mac lalu, tidak kesampaian.

Atas beberapa sebab yang tidak dapat didedahkan oleh penyanyi lagu Percayalah itu, pernikahan itu terpaksa ditangguhkan.

Tidak dedahkan kenapa ditangguh.

“Memang ia sepatutnya berlangsung pada Mac lalu seperti yang saya maklumkan kepada semua rakan media namun atas beberapa sebab ia terpaksa ditunda ke tarikh lain.

“Walaupun sudah merancang lama, ada beberapa perkara yang belum selesai dan ia terlalu peribadi untuk saya kongsikan kepada umum.

Mohon peminat doakan yang terbaik.

“Saya hanya mampu merancang dan hanya Allah SWT yang akan menentukan sama ada ia akan berlaku atau masih memerlukan waktu,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Lantaran itu, Indah mohon peminat mendoakan yang terbaik untuknya dan tunang agar segalanya berjalan lancar.

Indah bertunang pada 2013 iaitu sebulan sebelum dia menyertai program realiti Akademi Fantasia.