Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
KAW

Program Larian Temukan Neves Dan Noorliana

Chempaka Nur Iman 20/12/2017 | 03:00 MYT
Isteri vokalis kumpulan Pretty Ugly, Neves memaklumkan kecenderungan sama terhadap program larian menyuntik keserasian dalam hubungan mereka.

Akui Noorliana Umar, 36, pertemuan pertama kira-kira dua tahun lalu ketika acara larian amal menjadi permulaan persahabatan mereka.

Noorliana tidak tahu Neves seorang penyanyi.
Katanya lagi, dia hanya mengetahui lelaki yang baru dikenalinya itu sama seperti peserta lain bukannya seorang penyanyi.

“Sebenarnya saya tak tahu pun dia terbabit dalam dunia nyanyian sebab dia sendiri tak maklumkan hingga beberapa bulan kemudan.

“Waktu itu pun kami berkawan macam biasa. Saya tertarik dengan sikapnya yang sempoi dan jadi diri sendiri,” katanya mengenai vokalis terbabit.

Selamat diijabkabul Ahad lalu.
Terdahulu, pada Ahad lalu dengan sekali lafaz, Neves nama sebenarnya Raizan Zainal Abidin, 43, selamat bergelar suami kepada Noorliana selepas diijabkabul di Surau Damansara Perdana.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Umar Ackiyak dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Al-Makmuriah Daerah Petaling, N Mastori Marsidi.

Kedua-duanya semakin berseri mengenakan persalinan serba putih yang melambangkan kesucian cinta mereka.

Bulan madu awal 2018.
Pada majlis itu, Neves menyerahkan seutas rantai emas sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Penyatuan pasangan itu turut dihadiri kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga dan kenalan kedua-dua belah pihak.

Sementara itu, Neves ketika ditemui Rojak Daily Kaw! memberitahu bersyukur majlis tersebut berjalan lancar dan berdoa perkahwinannya berkekalan.

"Syukur Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan semoga perkahwinan kami diberkati hingga akhir hayat," katanya yang bakal membawa isteri bercuti ke Singapura 1 Januari depan.

#Perkahwinan Selebriti #Perkahwinan Selebriti